Monday, August 1, 2011

SIRI 25 DAP LAKNATULLAH : MUHASABAH NOSTALGIA GILIRAN KAMPUNG MELAYU BINJAI

kedudukan kampung binjai.


Teman akan susun semula nostalgia beberapa buah kampung melayu yang bakal hilang di Pulau Pinang. Sebelum ini memang telah ramai blogger yang telah mendedahkan perkara yang berlaku. Teman cuma nak ingatkan kembali dan menambahkan sedikit info yang belum dicukupkan lagi Bermula dalam penulisan ini ialah kisah Kampung Binjai Bayan Lepas.

Kampung Binjai merupakan sebuah lagi perkampungan  orang Melayu yang berada di negeri Pulau Pinang dan terletak di Daerah Barat Daya. Kampung Binjai yang telah dibuka sejak lebih  84 tahun yang lalu di atas sebuah tanah berkeluasan lebih kurang 2 hektar lot 792, yang didiami oleh 130keluarga yang kebanyakan terdiri daripada nelayan, pekerja kilang dan juga pekerja sektor awam. Malangnya kampung binjai bakal menjadi nostalgia dan mungkin akan menjadi peninggalan sejarah buat orang Melayu. Dahulu tidak berlaku, mengapakah sekarang berlaku?Walaupun ianya sudah berlalu hampir setahun, namun, malang seribu kali malang buat bangsa Melayu Pulau Pinang. Hakikat sebenar kampung binjai sebenar ialah seperti berikut :
 

selaku bekas exco perumahan di zaman BN memerintah. YB Syed Ameruddin lebih mengetahui cara bagaimana ingin menghalang pemaju merampas tanah penduduk. Walaupun tanah penduduk kampung binjai ialah tanah milik pemaju, namun pemaju perlu ada nilai kemanusiaan dalam hal pembangunan. Perlu diingat, walaupun pas , dap dan pkr menyatakan umno menjual tanah melayu, namun sehingga kini tiada seinci tanah yang dijual atas nama UMNO yang dapat bawakan sebagai bukti. Jangan disamakan ahli umno dengan anwar ibrahim yang pernah menjadi pemimpin umno pulau Pinang.Anwarlah punca tanah melayu lenyap di arus pembangunan tidak terancang.

1.Sebanyak 45 buah rumah akan dirobohkan untuk pembangunan tersebut
2.Hanya 18 buah rumah akan dibangunankan di kawasan tersebut
3.Pampasan yang akan diberikan pasti tidak akan dapat membeli rumah baru seperti nikmat dan keselesaan yang mereka sedia ada