Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk
berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi
membincangkan isu menteri besar Selangor, kata Datuk Mohamad Munir Bani.
Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, baginda menolak pertemuan itu
kerana surat permohonan itu ditulis oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim bagi pihak Dr Wan Azizah.
"Baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR untuk tujuan
memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun
menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor," katanya. –
12 Ogos, 2014.