Monday, June 11, 2012

PASCA E 13 : ANWAR VS MUHYIDDIN ( RM 3 BILLION VS DUIT SEWA RUMAH )


ANWAR JAWAB DULU BAGAIMANA DIA MENGAWAL 20 AKAUN UNTUK RM 3 BILLION. INI DUIT RAKYAT YANG DIA ROMPAK MASA JADI TPM

KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

BK : AKAI SESUMPAH NUAR DAH LAMA ORANG TAU.....MINTA SUMPAH LAKNAT PUN TAK MAU. DIA MAIN PUN DIA TAK MAU NGAKU.....LANTAK KAU LAH LABU....