IZAAH DI JANGKA AKAN TURUN KE NIBONG TEBAL MENGGANTIKAN TAN TTE BENG YANG MERUPAKAN PETUALANG PKR.
TIDAK KETINGGALAN JUGA NAMA NURUL NUHA AKAN BERTEMBUNG DENGAN DATO NON DI NIBONG TEBAL
Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.
Sumber dalaman yang BK temui semalam sekali cuba mengesahkan kehadiran anak anak anwar di Nibong tebal. Sebelum ini mansor selaku Pengerusi PKR Pulau Pinang ada mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.
"Namanya muncul pada november 2011 yang lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Kenyataan ini boleh kita baca di dalam akhbar China Press.Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.
Namun, pada April 2012 semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi olehnya Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.
Anwar cukup yakin bahawa PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.
Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Berdasarkan kepada sumber dalaman PKR cabang Nibong tebal yang Bk temui semalam, ust makhtar selaku ketua cabang tidak keberatan menerima kehadiran anak anak anwar. Bagi ust makhtar beliau yakin undi melayu akan bertambah dengan ekhadiran anak anwar.
Makhtar terlalu yakin bahawa undi kaum cina kepada mereka sekarang berada di paras 80% , India 70% dan melayu 60%. PKR cabang nibong tebal melihat sokongan melayu kepada dato non agak bertambah tetapi sokongan cina mereka yakin tidak berubah.
kehadiran anak anak anwar sebagai calon pkr di nibong sudah pasti akan mengubah lanskap poltiik di pulau pinang. soalnya sipakah yang akan menjadi mentor anak anak anwar di nibong tebal? apakah ketua cabanng pkr sendiri yang belum tentu dapat bertahan di dun sg bakap?dr pripal singh sudah bersedia menggantikan yb makhtar.Keseronokan yb makhtar mencatur calon calon pkr, silap silap namanya bakal digugurkan.
BK : KATA DATO NON BELIAU TIDAK AKAN BERGANJAK SEINCI DARI BUMI NIBONG TEBAL. BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN.