Sunday, March 4, 2012

PASCA E 13 : PKR TERENGGANU MAU SEPAK/TERAJANG JAUH JAUH PAS


PKR Terengganu mahu tanding 11 kerusi DUN, 3 Parlimen
Sinar harian -4 Mac 2012

KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu berhasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Hasrat tersebut sekali gus bakal memperlihatkan kesepakatan yang baik dalam politik pembangkang di Terengganu apabila PKR bakal mengambil alih beberapa kerusi Pas dalam jumlah agak besar berbanding beberapa pilihan raya sebelumnya.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, hasrat tersebut yang telah disepakati di peringkat negeri telah pun disuarakan ke peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijangka ‘memurnikan’ keputusan muktamad sebelum 15 Mac ini.

“Kami merasakan bahawa keperluan untuk membawa hasrat ini lebih menggambarkan persediaan PR di Terengganu untuk bekerja keras ke arah kemenangan seterusnya insya-Allah menerajui atau mengambil alih pentadbiran Terengganu.

“Kita juga telah menyatakan hasrat untuk memberi kerjasama dan menjadi rakan kongsi yang terbaik,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat PKR Terengganu di Gong Kapas, di sini, hari ini.

KESIMPULAN :

TERNYATA PAS LEMAH RUPANYA WALAUPUN PAS KUAT DI TERENGGANU. SECARA HALUS, PAS TELAH MENJUAL PRINSIP PERJUANGAN DENGAN MEMPERTARUHKAN PKR MENGAMBIL TEMPAT ASALNYA. JELAS JUGA BAHAWA PAS SEBENARNYA TAKUT PADA ANWARINAS. TERANG TERANG PKR MAU SEPAK PAS. PAS HULUQ PUNGKUQ BAGI PKR SEPAK. KASIHAN PAS DAN AHLI PAS YANG BIUL SERTA TAK TAHU HUJUNG PANGKAL NASIB PARTINYA.