Monday, March 5, 2012

PASCA E 13 : PENANG NEGERI TERKOTOR SELEPAS SELANGOR? CLEANER, GREENER GAGAL!!!

LOKASI : BELAKANG KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL BERDEKATAN DENGAN PASAR BASAH BANDAR TASEK MUTIARA
TARIKH : 27 FEBRUARI 2012
MASA : 3.00 PM

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA
TARIKH :  27 FEBRUARI 2012
MASA : 10.00 PAGI


LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA
TARIKH : 27 FEBRUARI  2012
MASA : 10.15 PAGI


LOKASI :  BANDAR TASEK MUTIARA
TARIKH : 27 FEBRUARI 2012
MASA : 10.35 PAGI
LOKASI : TAMAN BERSEBELAHAN  MASJID KEPALA GAJAH ( FASA 9 KATA KAWAN BK)
TARIKH : 27 FEBRUARI 2012
MASA : 11.00 PAGI


TERTERA TEMPAT MEMBUANG SAMPAH TAJAAN YB MAKHTAR YANG DAH ROBOH. TERNYATA TIDAK BERKUALITI SEBAB TAK SAMPAI SETAHUN KATA KAWAN BK DAH ROBOH. ADA MAKAN PERSEN KOT, CUBALAH PROJEK NI UNDER UMNO, SAH SAH KENA BALUN. LAIN KALI BUAT BENTENG SAMPAH BIAR GUNA KONKRIT

LOKASI : BERSEBELAHAN SMK SG ACEH (TAPAK PARKING BAS)
TARIKH : 27 FEBRUARI  2012
MASA : 12.00 TGH


apa yang BK paparkan ini berdasarkan sumber sahih yang BK terima dari rakan BK yang menjalankan tugas lapangan dari KL ke Nibong Tebal. Dia menetap di JV Hotel yang terletak di Bandar Tasek Mutiara. Awal-awal lagi dia tanya pada BK hawat taman macam ni pun ada hotel murah? Sapa yang guna? lagipun tak silapnya Hotel JV ada cawangan di jalan utama simpang ampat ke bukit minyak.selepas mendapat perkhabaran ini, BK terus pergi ke Bandar Tasek Mutiara , yang terletak di bawah DUN Sg Bakap iaitu di tadbir oleh adun PKR bernama Ust Makhtar. Ternyata Ust makhtar GAGAL dan kerajaan negeri juga turut gagal. Amat menjijikkan keadaan di pulau pinang rupanya. sampah dibiarkan berhari hari sehingga anjing pun turut cari makan. Pulau Pinang ialah negeri PR kedua selepas selangor yang kotor dan gagal dalam menguruskan sisa sampah.

MPSP selaku badan induk yang telah memberi kontrak kepada syarikat bertanggungjawab ternyata gagal. BK sempat menemui beberapa individu di lapangan yang menyatakan waktu kutipan sampah ialah pada hari sabtu, selasa dan khamis antara jama 8.00 hingga 10.00 pagi. tapi sejak kebelakangan ini ( dah hampir 3 minggu ) pengurusan sampah nampak gagal. Taman enggang yang berdekatan dengan bandar tasek mutiara juga gagal di urus. BK terus meninjau kawasan sekitar DUN jawi dan sg aceh. masalah yang sama juga turut berlaku. lebih memalukan , masalah sama turut berlaku di sekitar kepala batas. kata kawan BK apa kejadahnya lori sampah kutip sampah waktu awal pagi iaitu waktu mak bapak nak hantar anak pi sekolah. bau busuk jangan kiralah.antara kawasan sekitar kepala batas yang menghadapi masalah sampah yang tidak di kutip  ialah taman bertam indah, bertam perdana, jalan paya keladi, kg selamat sempadan dengan tasek gelugor.



selama ini guan eng dok laung penang bersih la..penang tarikan pelancong la dan pelbagai lagi. slogan guan eng ni sama seperti siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri. ada yang menyatakan, masalah pengurusan sampah ini berlaku disebabkan kontrak sedia ada akan di tamatkan dan sekarang sedang berlaku peralihan kontrak. apapun itu bukan masalah rakyat. rakyat nak tahu, kenapa guan eng tak tinjau tengok masalah yang berlaku. ohhh!!!! mentang mentang dah jadi ketua menteri, dah tak mau cium bau busuk dengan rakyat.

kegagalan PKR Sg Bakap yang di pimpin oleh ustaz makhtar harus dijadikan kayu ukur untuk menukarkan beliau dengan dr pripal. seronoklah anwarinas kerana ustaz makhtar dah gagal dan ada alasan untuk menukarkannya.kata kawan BK yang ditugaskan hadir ke Nibong Tebal selama seminggu, dr pripal akan bertemu dengan bekas adun sg aceh tahun 20004. setahu BK bekas adun sg aceh 2004 ialah penyelaras dun sg bakap sekarang. namanya tuan hj foad mat isa. berdasarkan tinjauan lapangan bersama kaum India di Puteri Gunung dan Ladang sempah , nama hj foad secara total di sebut . bagi BK ini bukan soalnya sekarang. yang BK nak persoalkan ialah kelembapan adun PR dalam mengurus masalah rakyat. dalam perjalanan BK berjumpa dengan rakan BK yang menjalankan kerja tinjauan di sekitar parlimen yang terletak di sebelah selatan , maka sempat juga lensa BK merakamkan satu demi satu kelemahan PR di parlimen nibong tebal dan batu kawan. nak tahu cerita lanjut...nantikan dalam penulisan yang berikutnya. kata tetap di kota.

TOLAK PR, PENANG BERSIH.PERKISAHAN SELEPAS INI TERTUMPU DI KAWASAN YANG BK DAN RAKAN BK LAKUKAN TINJAUAN .ALANG ALANG BK DAH IKUT DIA, LENSA BK SEMPAT MERAKAMKAN PERKARA YANG MENARIK UNTUK KITA TAHU DI BALIK TABIR PR.JAWAPAN LAPANGAN YANG RAKAN BK BUAT DI NIBONG TEBAL AKAN DIDEDAHKAN JUN NANTI OK. YANG PENTING KATA KAWAN BK DARI KL , REPORT DAH CLEAR DENGAN GAMBAR. TERPULANG PADA TOK JIB DAN TOK DIN LA BUAT PILIHAN.

* KAWAN BK KATA SEDAP SUNGGUH GULAI SEMBILANG DI CHANGKAT ( MAKAN TENGAHARI) DAN MAKAN MALAM DI KARI CORNER SIMPANG SEMBILAN SG ACEH.