Saturday, January 7, 2012

901 : PRO ULAMAK DI PENANG TOLAK ANWAR



TOKOH YANG MEREKA MASIH SANJUNG.KATANYA TOKOH PERPADUAN MELAYU

hari ini separuh hari BK menjalankan kerja lapangan untuk mendapatkan apakah yang sebenarnya terkandung dalam benak hati ahli dan penyokong tegar PAS disekitar bumi penang. di antara mereka memberi komen bahawa apa yang berlaku sekarang adalah satu yang wajib. berilah pas memerintah sekali . ayat ini yang BK rasa terkejut sebab boleh dikatakan semua yang ditemui menyatakan berikan pas memerintah sekali dan mereka tidak menyebut berikan pas memerintah sekali dengan pkr dan dap.

kesimpulan dapatan yang BK perolehi tadi adalah seperti berikut :

1. rata-rata ahli pas pro ulamak seperti ust nasharudin dan hasan ali menyatakan mahfus omar tidak patut bercakap kasar kepada hassan ali. siapakah beliau? mereka juga bersetuju tindakan hassan ali itu salah.

2. mereka tidak menyukai umno kerana rata-rata pemimpin umno menjadi kaya raya selepas mendapat jawatan dalam politik sedangkan sebelum itu mereka dalam kategori rakyat biasa. soalnya mengapakah selepas berpolitik baru ada ruang untuk menambahkan pendapatan dengan begitu drastik.

3. pemimpin yang dilantik oleh kerajaan BN di peringkat kampung juga gagal memainkan tanggungjawab. perkara ini mereka tujukan kepada JKKP dan ada yang menyatakan pengerusi khariah pro umno jarang turun ke masjid

4. rata-rata isteri dan ahli keluarga pemimpin umno mereka katakan gagal dalam urusan akhlak. indikator mereka ialah bertudung dan tingkahlaku anak-anak. nama dato nazri disebut dalam hal ini begitu juga DS najib.

5. dalam hal NFC, kerajaan berlaku tidak adil kepada rakyat contoh yang mereka berikan ialah bayangkan sekiranya seseorang meminjam wang dari TEKUN untuk melaksanakan projek ekonomi, maka peminjam perlu menggunakan wang tersebut untuk melaksanakan projek berdasarkan permohonan pinjaman. jika tidak mereka akan dikenakan tindakan.tapi dalam hal ini bagaimana pinjaman NFC boleh digunakan untuk membeli kondominium. ini yang rakyat tanya.

6. ada yang mengakui kerajaan BN membantu rakyat tetapi kerajaan dan pemimpin yang telah lama memerintah , mereka perlu di refreshkan semula. dengan kata lain ditukarkan kerajaan itu dengan sebuah kerajaan baru

7. ada yang menyatakan, tindakan ke atas adam adli pada 9/1/12 akan membangkitkan kemarahan anak muda secara berterusan.

8. mereka menyatakan entiti ulamak dan warak dalam pas , perlu dipuji dan di tiru umno

9. mereka mengekalkan status quo bahawa hanya pas yang memperjuangkan agama.

10. ada yang menyatakan, pas suka kepada calon umno yang warak . ini ditujukan kepada mana-mana bakal calon umno di pulau pinang. 

malam ini BK akan maklumkan kaedah terbaik menghadapi 901.