Saturday, January 7, 2012

901 : KEBENARAN TERBUKTI. 240 ORANG MENYATAKAN SOKONGAN KEMBALI KEPADA BN DI NIBONG TEBAL

BK tunaikan janji untuk memaparkan apakah yang berlaku disebalik pakatan rakyat nibong tebal. selepas ahli parlimen nibong tebal tan tee beng keluar parti pkr dan menjadi ahli parlimen bebas atas nama parti KITA, kemelut politik nibong tebal semakin menjadi-jadi. Wujud perbalahan dalaman tentang kerusi sedia ada pas di sg aceh. pas mahukan kerusi mereka semula . dalam pada masa yang sama kerusi dun sg aceh menjadi rebutan wan kamil dan juga rizal hamid. kemelut perebutan kuasa ini berlaku sejak rizal hamid tewas ditangan ust makhtar di dalam merebut jawatan ketua cabang nibong tebal.


Kerusi DAP Jawi yang di sandang oleh tan beng huat  juga merupakan kerusi yang tidak selamat. hubungan antara tan ben huat dengan boon poh selaku exco kebajikan dan kesihatan juga agak rengang. telah disedari oleh semua pihak bahawa tan beng huat selalu kena hentam dengan bon oh dalam setiap sidang dun.tan beng huat bukanlah calon popular dikalangan dap. dikhabarkan kerusi dun jawi akan diserahkan kepada calon yang lebih muda dan berkelulusan . sebelum ini antara nama yang disebut sebut untuk kerusi dun jawi ialah calon india dap.mengapa p ramasamy mahu meletakkan calon india ? Ini kerana dun jawi mempunyai banyak kawasan ladang seperti ladang changkat, ladang byram, ladang caledonia .walaupun majaroti kaum india menyamai kaum melayu di dun jawi, namun p ramasamy lebih berminat meletakkan calon beliau.


ingauan dalam mimpi tan beng huat mengkin akan hilang selepas hubungan ramasamy dengan kepimpinan dap agak rengang.apapun di parlimen nibong tebal keadaan agak gawat. kaum india terus di tipu oleh dap dalam hal membantu urmah yang daif dan atap rumah yang rosak. kaum india sebelum ini dijanjikan dengan mimpi indah untuk keluar dari kepompong kemiskinan. namun, sehinga kini kaum india di ladang gagal di bantu dap.

apa yang berlaku pada jam 10.30 hari ini ( 7/1/12) merupakan petanda dan amaran awal kepada pkr bahawa masa untuk berubah telah tiba. perbalahan dalaman tidak mampu di sorokkan lagi. manakan bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru. akhirnya mereka yang menyokong pkr mengambil tekad untuk tidak bersama pkr lagi. majlis pagi tadi dilakukan di perkarangan rumah ahmad b ibrahim di sg aceh. ahmad b ibrahim ialah bekas pengerusi JKKN yang mewakili PKR dan juga merupakan ketua ranting sg aceh. beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi JKKN kerana tidak sehaluan dengan wan kamil yang merupakan anak kelahiran sg udang. wan kamil yang berlagak seperti hero sering bercakap tidak serupa bikin.wan kamil ialah pegawai khas kepada ust makhtar yang juga timbalan cabang nibong tebal.

 kepincangan wan kamil dapat dihidu oleh rizal hamid yang mempunyai hubungan rapat dengan tkm 2 mansor dan mempunyai hubungan terus dengan anwar. angin kencang bertiup menyatakan rizal hamid sebagai calon dun sg aceh untuk pilihanraya ke 13 walaupun beliau merupakan seorang yang di anggap tidak mengenang budi kerana mahu merebut jawatan ketua cabang dari ust makhar adun sg bakap.


akibat kepincangan yang berlaku , maka hari ini menyaksikan 240 orang yang hadir menyatakan  sokongan padu kepada kepimpinan BN.mereka telah jemu di perbodohkan oleh pakatan rakyat.perbalahan dan tamak kuasa menjadi sandaran hukum politik mereka. apapun, di ambang 901 DSAI menerima signal bahawa PKR bakal hancur di mamah zaman.

antara yang hadir dato zainal sendiri selaku ketua bahagian Nibong tebal, yb dato mahmud adun sg aceh dan tuan hj foad mantan adun sg aceh yang sekarang ini menjawat jawatan penyelaras bn dun sg bakap.

AKAN MENYUSUL KEPINCANGAN PKR BALIK PULAU......NANTIKAN.SEMUANYA DI BK. TIMBUL JUGA CERITA SEWAKTU BK HADIR TADI DI DALAM MAJLIS BAHAWA WUJUD ORANG TENGAH DI KALANGAN PAKATAN RAKYAT  YANG MENJUAL TANAH DI SEKITAR BATAS PINANG, SG BAKAU, JLN BARU, SG UDANG, PARIT KASA DAN SG SETAR.