Monday, December 5, 2011

TERKINI DALAM MINGGUAN MALAYSIA 4/12/11 : 5 PEMIMPIN UMNO TAWAR DIRI UNTUK TIDAK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG

YB DATO AZHAR DARI AWAL LAGI TELAH MENGUMUMKAN UNTUK TIDAK BERTANDING. BK UCAPKAN TAHNIAH ATAS KEBERANIAN YB DATO SEWAKTU MENJADI KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG. DATO AZHAR YANG MEMGANG JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA UMNO PULAU PINANG MENGIKUT RENTAK DAN MEMAHAMI ERTI TRANSFORMASI YANG DILAUNGKAN PM DALAM UMNO.

YB ZABARIAH SELAKU KETUA WANITA UMNO PULAU PINANG JUGA TIDAK BERMINAT UNTUK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA KE 13 BAGI KERUSI DUN BERTAM. INILAH CONTOH IBUNDA YANG BERANI MENGHADAPI TRANSFORMASI
YB DATO JAHARA TELAH LAMA BERKHIDMAT SEBAGAI ADUN TELUK AIR TAWAR. PERNAH MEMEGANG JAWATAN EXCO BELIA DAN SEORANG YB WANITA YANG BERKALIBER. APAKAH BELIAU JUGA ANTARA LIMA YANG MENYATAKAN HASRAT?


YB SYED AMERUDDIN ADUN BAYAN LEPAS MERANGKAP BEKAS EXCO PERUMAHAN DAN KEBUDAYAN PULAU PINANG .KATA RAKAN-RAKAN DI BALIK PULAU BELIAU JUGA SECARA TERBUKA TIDAK BERMINAT MENERUSKAN  TRADISI MENJADI YB DI DUN BERKENAAN. BELIAU MERUPAKAN ANAK KAMPUNG SERONOK YANG TABAH DALAM MENGHARUNGI AGENDA PERJUANGAN. NAMUN, ADA JUGA YANG MENYEBUT BELIAU BERMINAT KE KERUSI PARLIMEN.

YB DATO JASMIN ADUN SG DUA JUGA MERUPAKAN ADUN OTAI DALAM DUN PULAU PINANG. SEORANG  YANG BERANI MENGHERDIK DAP. TETAPI DI KHABARKAN BELIAU JUGA BERSEDIA DALAM MENGHARUNGI TRANSFORMASI. BK AMAT MENGHORMATI BELIAU.

4 MUKA BARU DI DUN BERIKUT :

DUN SG BAKAP
DUN BATU MAUNG
DUN PERMATANG PASIR
DUN PENANTI

6 MUNGKIN AKAN KEKAL ATAU BERUBAH

DUN SG ACEH- TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO NIBONG TEBAL
DUN PINANG TUNGGAL
DUN SEBERANG JAYA
DUN TELUK BAHANG- KETUA BAHAGIAN BALIK PULAU
DUN PULAU BETONG- NAIB KETUA BAHAGIAN BALIK PULAU
DUN PERMATANG BERANGAN-KETUA BAHAGIAN TASEK GELUGOR

15 KERUSI UMNO. BOLEH DIPERTAHANKAN SEKIRANYA CALON BOLEH MENANG DILETAKKAN MENGIKUT STRATEGI YANG BETUL.UMNO PERLU BERTEGAS SUPAYA JANGAN AMBIL SEMULA CALON YANG KALAH DI DALAM PILIHANRAYA KE 12 YANG LALU. JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG LALU.


KEDUDUKAN CALON YANG TIDAK DICALONKAN SEMULA  DALAM PILIHANRAYA KE 12  PERLU DI BERI PERHATIAN KERANA PILIHANRAYA KE 11 MENUNJUKKAN CALON YANG TERSEBUT  MEMPEROLEHI UNDI MAJORITI YANG KUAT DI KERUSI YANG MEREKA TANDINGI.

CALON YANG TIDAK DISENARAIKAN SEMULA DALAM PILIHANRAYA KE 12 :

DUN SG ACEH = TUAN HJ MOHD FOAD YANG DIGANTIKAN DENGAN YB DATO MAHMUD ZAKARIA

DUN BATU MAUNG : IR MANSOR YANG DIGANTIKAN DENGAN KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG SAUDARA NORMAN

DUN BERTAM : DATO HILMI RASHID DI GANTIKAN DENGAN YB ZABARIAH

DUN TELUK BAHANG : PUAN HAJAH FARIDAH YANG DIGANTIKAN DENGAN YB DATO DR HILMI