Thursday, December 1, 2011

HJ HADI TELAH MENDAPAT RESTU PILIHANRAYA. KAUM CINA HANYA AKAN BERI 10% UNDI SAHAJA KEPADA BN



BK (nama gelaran baru yang teman tukarkan bagi menggantikan  ganti nama diri " teman"). Kenapa teman tukarkan kepada BK, kerana ada yang menyatakan Badarkhubro ini penulisnya ialah orang perak. Tapi kadang-kadang BK menggunakan loghat pulau pinang. Apakah BK milik orang perak dan orang pulau pinang? itu bukanlah persoalan utama. Yang menjadi persoalan ialah BK bertugas melancarkan perang jihad menentang kufar harbi DAP laknatullah.

BK tidak di bayar malah tidak pun berharap untuk meminta belas ihsan daripada sesiapa. BK suka berkawan dengan semua blogger yang suka membawa mesej membongkar kelemahan pembangkang. Bukan apa, bagi BK perjuangan kita sekarang ialah menyelamatkan daulah islamiyyah.

Berbekalkan wang tabung buluh yang berjaya dipecahkan malam kelmarin , dan menumpang kereta seorang sahabat dari Pulau Pinang, BK akhirnya berjaya juga melihat kotaraya kuala lumpur. Wah!!!! cantik juga kotaraya ini. Kagum BK dengan lampu LED yang menghiasai PWTC. Kata orang, pembangkang cukup marah dengan hiasan LED di bangunan PWTC. Kata mereka membazir.

BK nak tanya mereka, kalaupun membazir, UMNO guna duit PKR, PAS dan DAP ke untuk bayar bil letrik PWTC. PWTC adalah idaman DAP sekiranya mereka berjaya menakluk malaysia. Hj Hadi telah berjumpa dengan lim kuan yew untuk mendapat restu dan nasihat lee kuan yew tentang cara bagaimana ingin menang. green light telah diberikan oleh lee kuan yew kepada seluruh kaum cina di malaysia bahawa sokong PAS dan PKR. Pastikan UMNO tumbang. PAS dah berjanji tidak akan melaungkan isu negara Islam dan hudud lagi. PAS bersetuju dengan permintaan lee kuan yew.

Benarkah tulisan BK ini? BK nak jawab jangan percaya....dan tunggu perkara berlaku dulu baru percaya. Lee Kuan Yew amat yakin malaysia akan tumbang ke tangan cina dap tak lama lagi. Jika gagal kali ini, bermakna dap tiada peluang lagi.Istilah cina yang teman lakarkan ini bukanlah rasis. yang jahat ini ialah cina dap macam juga melayu pkr .

Apapun selepas perhimpunan agung umno ini, melayu malaysia akan diuji sekali lagi. Teman ingin nasihatkan kepada UMNO , lebih baik bantu Melayu secara all out. Berikan peruntukan sebanyak mungkin kepada Melayu di setiap daerah mengundi. Pengundi cina hanya akan beri 10% sahaja. Green light dari singapura dah betul betul jelas. UMNO dan BN hanya tinggal kaum India sahaja sekarang. kaum India pula selalu di hina oleh dap. Kaum India marahkan interlok, tetapi kerajaan pulau pinang beritahu kaum india adalah pendatang dalam buletin My Balik Pulau dan nga kor meng pun gelar manusia yang berkulit hitam sebagai hitam metalic.

BN akan menang jika melayu beri undi 80% kepada BN dan India memberi undi pada kadar 55% kepada BN. Cina tak akan beri lagi dah lebih daripada paras 25%. Permainan politik rasis cina yang di bawa dap amat bahaya sekarang. Melayu bakal merempat . Semua telah mereka perolehi. tetapi undi tetap mereka tidak akan beri. Sekali lagi teman maklumkan, melayu bukan tidak mempercayai kaum cina, tetapi melayu rupa rupanya sedang di tipu.

Teman lakarkan ini , sebagai lambang awal kesedaran UMNO untuk bantu semua orang Melayu di Malaysia. bantu juga kaum India. Bantu juga kaum cina yang setia bersama BN. bantulah kaum cina di kedah, perlis, johor, terengganu, kelantan, sarawak dan sabah dan di mana mana kawasan yang kaum cinanya bersatu dengan melayu di dalam satu daerah mengundi.

INGAT...........ISLAM TELAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA DI MALAYSIA. KALAH BN /UMNO.....TUNGGULAH KITA BERSAMA HASIL KEPUTUSAN YANG DI CAPAI ANTARA LEE KUAN YEW DAN HJ HADI.YANG PASTI PENGARAH PELAJARAN DI PULAU PINANG DAN NEGERI SEMBILAN BUKAN LAGI MELAYU. BUKAN RASIS TETAPI PERLU DI NYATAKAN.