Saturday, August 13, 2011

SIRI 47 DAP LAKNATULLAH : EXCO AGAMA ISLAM PULAU PINANG YANG LEMBAB

EXCO YANG LEMBAB.

Kenyataan Media
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang
YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011


PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH


Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.


Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.( BIAR BETUL EXCO AGAMA TAK TAHU. BUKANKAH SEBELUM SESUATU TINDAKAN DI AMBIL OLEH AGENSI YANG MENJAGA AGAMA ISLAM  DI BAWAH KERAJAAN NEGERI, EXCO AGAMA DIMAKLUMKAN DAHULU. NAK BERBOHONG DALAM BULAN RAMADHAN KE MALIK KASSIM. SATU LAGI, TAK KAN JABATAN AGAMA ISLAM DAN JABATAN MUFTI MEMBELAKANGKAN MALIK KASSIM SELAKU EXCO YANG JAGA ISLAM?????) 

Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.( TAK MENGAKU LAGI. POLITIK INI MEMANG LICIK DAN LICIN. BALING BATU SEMBUNYI TANGAN. )


Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.


Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.


Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.( YANG INI TEMAN SETUJU. MALIK KAU KENA KELUARKAN SURAT PERBETULKAN HAL INI. KAU ADA KUASA.JIKA BETUL KAU TAK TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU, KAU FIKRIKAN SEMULA)

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.


Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…


"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)( RUJUK JAWAPAN PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DALAM BERITA HARIAN MUKASURAT 5 BERTARIKH 13/8/2011 TENTANG HADIS INI) 

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.


Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.


Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama

ADA YANG MENYATAKAN ORANG UMNO LAWAN MUFTI .ADA YANG KATA BLOGGER UMNO LAWAN MUFTI. MEREKA YANG BERKATA TU TERLUPA KER YANG BLOGGER PAS, PKR DAN DAP LAWAN DAN HINA MUFTI PERAK? SIAPA YANG AJAR LAWAN MUFTI?BUKANKAH BLOGGER PENGKHIANAT PAS, DAP DAN PKR YANG AJAR. SIAPA YANG AJAR HINA KEPUTUSAN MUFTI? BUKANKAH PEMIMPIN PAS, PKR DAN DAP YANG AJAR? TANG HANGPA UNTUNG, HANGPA SURUH IKUT CAKAP MUFTI. BILA MUFTI PENANG TEGUR PASAL MAULIDURRASUL HANGPA KRITIK MUFTI PENANG DARI BELAKANG. DASAR BANJINGAN.