Friday, July 24, 2015

MAT SABU MUNAFIQUN MODEN



ARKIB : 
KUALA SELANGOR, 5 JUN: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menzahirkan taat setia kepada perjuangan Islam bersama PAS biarpun kalah dalam pemilihan dengan keputusan yang dianggapnya sebagai ‘pelik’.
Mohamad Sabu berkata walaupun menerima undi terlalu sedikit untuknya, namun beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.“Kalah dalam pemilihan itu perkara biasa undi sikit sangat, itu yang saya terasa,” katanya dengan gelak kecil.
“Selepas (muktamar) ini, saya akan cuti sementara untuk pulang ke kampung bertemu isteri.
“Saya setia bersama PAS kerana perjuangan Islam mesti diteruskan,” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61, di sini, hari ini.Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Abdul Hadi dalam reaksinya berhubung perkara itu memuji kesediaan Mohamad Sabu untuk terus menghadiri muktamar biarpun tewas semalam.
“Dalam PAS ini ada bermacam-macam, sejarah terdahulu menyaksikan ada yang kalah terus pulang, tidak masuk dewan.
“Sekurang-kurangnya Abang Mat kita (Mohamed Sabu) masih ada di sebelah saya hari ini dan masuk dewan untuk sesi Muktamar hari kedua ini,” katanya.
Tuan Ibrahim Tuan Man diisytiharkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru selepas menewaskan penyandangnya Mohamad Sabu dengan majoriti 602 undi.
Tuan Ibrahim memperolehi 881 undi berbanding Mohamad yang memperolehi 279 undi.

BK : MAT SABU INI CONTOH MUNAFIQUN MODEN. DEMI SESUAP NASI DARI KERAJAAN PULAU PINANG MAKA APA YANG DIA UNGKAP DI LUDAH SEMULA. DIA KATA DIA NAK SETIA PADA PAS, TETAPI LEBIH TERUK DARI ABDULLAH BIN UBAI