Friday, July 24, 2015

HUTANG NEGARA MALAYSIA HANYALAH RM 16.8 BILLION


KUALA TERENGGANU: Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Hakikatnya, tegas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi, pengiraan hutang negara sebanyak RM744 bilion itu turut merangkumi butiran termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam serta hutang individu.

Malah jelasnya, hutang kerajaan hanya berjumlah lebih kurang dua peratus iaitu kira-kira RM16.8 bilion selain tidak berhutang kepada pihak seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Seperti yang disebutkan, hutang negara sebanyak RM744 bilion. Namun, apa yang berlaku adalah rakyat tidak dimaklumkan bahawa cara pengiraan hutang ini sudah berubah sejak tahun 2014.

"Hutang yang disenaraikan ini termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam, hutang individu bahkan hutang orang luar yang membeli bon di negara kita turut dimasukkan sekali.

"Sebenarnya, hutang kerajaan hanya lebih kurang dua peratus sahaja iaitu kira-kira RM16.8 bilion dan ianya tidak banyak. Apa yang nyata, kerajaan tidak berhutang dengan Bank Negara atau pun kepada IMF," katanya.