Wednesday, May 6, 2015

PRK044 : JELAS ZURAIDA KETUA WANITA PKR TOLAK HUDUD



Wanita PKR hari ini menegaskan tiada kepentingan untuk menjelaskan isu hudud di Permatang Pauh dan mendakwa pengundi sudah faham mengenai hukum hudud yang dibangkitkan oleh banyak pihak.


Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, penjelasan itu tidak perlu dibuat tambahan pengundi di Permatang Pauh ramai belajar di sekolah pondok.
“Bukan isu besar kepada kami kerana kita dapat mengatasi dan alhamdullilah pengundi Permatang Pauh pun sangat matang dalam berdepan dengan isu hudud ini.

“Orang di Permatang Pauh ini banyak belajar di pondok, jadi dia faham tentang agama, semua dia faham, jadi tidak menjadi isu kepada mereka sebenarnya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Aman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias mengingatkan pengundi Permatang Pauh berhati-hati dengan calon yang bakal dipilih pada 7 Mei ini.

Kazim malam tadi berkata terdapat calon yang menolak pelaksanaan hudud, namun tidak merujuk secara langsung kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam ucapannya.

Kazim berkata, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim.

Walaupun kenyataan Kazim tidak dituju kepada sesiapa tetapi PKR dilihat terkesan dengan kenyataan beliau.

Zuraida sehubungan itu meminta mana-mana penyokong PKR tidak terperangkap dengan sentimen hudud.

“Ini berdasarkan ceramah Ustaz Kazim Elias malam tadi, dia mengatakan calon tolak hudud.

“Wanita Keadilan mudah sahaja, kerana kita tidak mahu terperangkap dengan isu ini, kerana pengundi pertama tidak membangkitkan isu hudud, yang keduanya sekiranya ada di antara mereka yang bertanya, kita hanya sebut jadi BN tidak pernah menyatakan hudud mengapa pula hari ini, mereka pula kata mahu menyatakan sokong atau sebagainya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, mendapat maklumbalas walaupun mendakwa ada pihak yang memamainkan isu hudud bagi meraih undi.

BK ; SOKONG WAN AZIZAH SOKONG TOLAK HUDUD DI PARLIMEN .