Wednesday, May 6, 2015

PRK044 : JANGAN CATURKAN HUDUD LAGI-USTAZ KAZIM





Penceramah popular, Datuk Mohamad Kazim Elias (tengah) membacakan doa ketika program ceramahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, malam tadi, yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.


Pengundi perlu berhati-hati dengan bakal ahli Parlimen Permatang Pauh yang menolak pelaksanaan hudud, kata penceramah popular televisyen, Datuk Mohamad Kazim Elias. 

Kazim berkata, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim. 

"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan. 

"Kekuatan apa? Kekuatan perpaduan. 

"Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang? 

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun - ini Parlimen - dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak. 

"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud. 

"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim. 

"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi. 

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud. 

"Dulu depa kata Umno tak sokong. 

"La ni Umno angkat tangan Umno juga yang sokong.