Tuesday, April 21, 2015

P044 : PKR WAJIB SETUJU HUDUD. ADA BERANI KER?




Kata putus sama ada Pas bakal memberi kerjasama atau sebaliknya terletak 

pada PKR.Language Malay Pas Kawasan Permatang Pauh tidak bersendirian 

dalam desakannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 

supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah 

Syariah II (Pindaan 2015) Kelantan. 

Bahkan, kenyataan yang dikeluarkan Yang Dipertuanya, Omar Hassan untuk tidak turun membantu calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh Sabtu ini adalah suara akar umbi parti. 

Menurut Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman, keputusan mendesak Dr. Wan Azizah menarik balik kenyataan itu adalah usul dari Dewan Pemuda Pas Kawasan berkenaan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan itu semalam. 

"Kenyataan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh itu adalah mewakili suara akar umbi Pas Kawasan, bukan pendirian peribadi beliau. Ia adalah usul oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh pada 19 April lalu. 

Berikut ialah kenyataan beliau:


Merujuk kepada kenyataan media PAS Kawasan Permatang Pauh berkaitan desakan PKR menarik balik bantahan kepada Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan (hudud) dan tidak akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Pindaan akta Mahkamah Syariah oleh PAS.

1. Kenyataan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh itu adalah mewakili suara akar umbi PAS Kawasan. Bukan pendirian peribadi beliau. Ianya adalah Usul oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Permatang Pauh pada 19 April.
2. Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan MAT PAS Kawasan sayangkan Pakatan Rakyat (PR) dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR. Ini disebabkan PR berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama. Ini adalah luahan ahli dan pengundi-pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh PAS Kawasan dan Cawangan. Malah ianya juga telah disuarakan semasa perbahasan usul dalam MAT tersebut.
3. Hudud adalah perkara yang Dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ianya adalah syariat (perintah) Allah yang wajib hukumnya untuk dilaksana ke atas umat Islam. Membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan aqidah umat Islam.
4. Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin juga telah digariskan oleh Islam. Jadi apa pula hukum mengundi calon yang menolak hudud ?
5. Sudah tentu haram dan berdosa, bertepatan dengan maksud Surah an Nisa ayat 85,
” Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
6. Bagi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk terus kekal menjadi milik PR dalam PRK pada 7 Mei ini, maka MAT PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak agar PKR dan pemimpin-pemimpinnya yang telah menolak dan menghina Hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan tersebut.
Ustaz Badrul Abdul Rahman
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Permatang Pauh
20 April 2015