Tuesday, April 21, 2015

P044 : KHALID JEBON MULA RISAU KALAH DAN DIBUANG PAS



Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah "ekstrem" yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu. 

"Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut," kata Khalid dan menambah, “Ianya PAS Ekstrem”. 

Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud. 

"Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid," kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau. 

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang. 

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya," kata Khalid. 

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini. 

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing.