Saturday, March 14, 2015

KHALID SAMAD MACAM TAK SUKA ULAMAK JADI PRESIDEN JER




KUALA LUMPUR 11 Mac – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Pre­siden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama. 

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

“Pemilihan Presiden boleh di­samakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya hari ini. 

Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik. 

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas. 

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya. 

Khalid menjelaskan, Muktamar, AJK Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama mempunyai peranan masing-masing dan tidak wajar mengambil alih tugas dan fungsi ditetapkan. 

Katanya, kecelaruan yang timbul adalah hasil kekeliruan terhadap peranan dan bidang kuasa setiap institusi dan ia menjadi le­bih rumit apabila ada yang sengaja menimbulkan kekeliruan itu. -UM