Monday, November 10, 2014

KERAJAAN DAP PR PULAU PINANG DAH JADI SYARIKAT JUAL TANAH


Penjualan tanah oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Sehingga Oktober 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual seluas 785 ekar tanah di Batu Kawan kepada beberapa pemaju swasta dengan harga jualan terkumpul berjumlah RM1.636 billion. Butiran penjualan adalah seperti berikut:

Pada 12 Oktober 2013, PDC menandatangani perjanjian PDA dengan PE Land Sdn Bhd untuk tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta (RM 37.94/kps) bagi tujuan pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM483,951,600 (RM 45.34/ kps) bagi tujuan pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri.

Pada 25 Mac 2014, PDC menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 30 ekar dengan Paramount Corp Berhad pada harga jualan berjumlah RM65.56 juta (RM40.50/ kps untuk pembinaan kolej swasta dan RM55.00/kps untuk pembangunan bercampur).

Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran PDC untuk membeli seluas 470 ekar tanah milik PDC di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion bagi tujuan pembinaan padang dan kelab golf (150 ekar) manakala selebihnya bagi tujuan pembangunan bercampur.

Tanah-tanah milik PDC adalah tanah-tanah yang diperolehi kerajaan melalui proses pengambilan balik tanah atau tebus guna laut; kedua-duanya turut melibatkan penggunaan dana awam.

Pada 8 Februari 1991, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu telah mewartakan Batu Kawan Estate di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Keseluruhan tanah estet Batu Kawan seluas 5,260 ekar telah diambil balik oleh kerajaanNegeri melalui Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dengan bayaran pampasan berjumlah RM53,197,974 atau bersamaan RM 8,167 seekar.

Batu Kawan Estate telah membawa kes hingga ke Mahkamah Persekutan kerana tidak bersetuju dengan bayaran pampasan yang diberikan. Namun begitu pada 2001, Batu Kawan Estate telah bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah RM15,000 seekar (34 sen sekaki persegi) setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bayaran pada kadar tersebut adalah berpatutan.

SUMBER : SAHABAT BLOG