TEGURAN PEJUANG PAS :
Belajarlah adab apalagi apabila berada dalam jemaah. Jangan ingat kepala kita sudah besar dan penuh ilmu maka kita pandang rendah yang lain dan kita menyangka kita punya lesen untuk memaki hamun dan mengatakan apa sahaja yang terlintas di lidah dan bibir kita itu.
Kita punya hak menegur pimpinan namun dalam forum yang bersesuaian, dalam mesyuarat dalam mukatamar, tetapi apabila kita pilih gelanggang terbuka, depan khalayak ramai sebenarnya YB menyelak kain sendiri, depan umum, tak malukah muka YB, siapakah agaknya Naqib dan guru YB, kesian.
Benar sebagaimana YB ucapkan yang YB diangkat oleh Muktamar sebagai AJK PAS Pusat, tapi di sana ada ramai lagi AJK yang bertaraf sama, PAS cuma ada satu Presiden, yang turut diangkat oleh Muktamar.
Jawatan Presiden, meminjam kata-kata Mursyidul Am adalah Nakhoda atas bahtera (PAS) yang besar ini. Barangkali YB menyangka YB sudah setaraf Nakhoda, apalagi pasanglah cita-cita melawan Nakhoda secara terbuka, walau kita lihat kail YB panjang tak sampai sejangkal pun.
Atau barangkali bahtera ini sudah terlalu busuk dan lekeh buat YB, saya secara peribadi sarankan , silalah YB terjun keluar dan naiklah bahtera lain yang pemimpinnya memang YB agung-agungkan itu.
BK : HANIPA MAIDIN LUPA KOT BAHAWA YANG PILIH DIA BERTANDING ATAS NAMA PAS TU PUN BUKAN HJ HADI KE ? TAPI KERANA ANUAR HANIPA MAIDIN SANGGUP HINA HJ HADI. AKAI LETAK DEKAT LUTUT!!!