Friday, June 13, 2014

E14 : PAS KATA UMNO BERDALIH DALAM ISU HUDUD



Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” - HARAKAHDAILY, 10/6/2014 

E14 : PENYUSUNAN SEMULA KABINET DS NAJIB


DESAS DESUS BERGERAK KE KEMENTERIAN KEWANGAN?

3 MENTERI BARU.
PERUBAHAN TIMBALAN MENTERI 
MENTERI UMNO KHABARNYA 2 ORANG BAKAL DIGUGURKAN.

APAPUN YANG SAH :

PRESIDEN MCA JADI MENTERI PENUH
DATO MAH TELUK INTAN MENTERI PENUH.

Thursday, June 12, 2014

E14 : SIAPA ULTRA KIASU MENJELANG PRU 14 ?



Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien. Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem, maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultra Kiasu'? 



Contohnya ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi. A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.

Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B. Dia merasa'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan. Akibatnya si A telah bertindak agresi fmerampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian. 

Dalam kes ini, si A telah mengalami sindrom KIASU. Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba, tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.

E14 : MALAYSIA MELANGKAH KE PERUNDANGAN SYARIAH






TAPI AMARAN TELAH DIBERI OLEH MEREKA

Kumpulan lapan persatuan penganut Buddha memberi amaran Pakatan Rakyat akan hilang undi di masa depan jika PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan Pemuda Kristian Malaysia dan enam lagi kumpulan belia bukan berasaskan agama, mereka berkata, PAS patut menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum di negara ini tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud. 

Mereka juga mendesak dua lagi parti dalam Pakatan – DAP dan PKR – memberi tekanan kepada PAS untuk mengetepikan hasrat membawa rang undang-undang itu ke Parlimen. 

“Jika rang undang-undang itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, kesemua parti ini mesti bertanggungjawab dan akan ditinggalkan oleh orang ramai,” kata mereka. 

Mereka juga menolak penjelasan PAS bahawa hudud hanya untuk bukan Islam, dengan membangkitkan kes melibatkan orang Islam dan bukan Islam serta konflik mahkamah syariah dan sivil. 

Kata mereka, terdapat kes yang menyaksikan orang bukan Islam terpaksa patuh kepada undang-undang syariah seperti dalam kes pertukaran agama. 


E14 : DEMI UNDANG UNDANG SYARIAH PAS DAN UMNO WAJIB BERSATU




PAS bersama UMNO dalam usaha menjayakan pelaksanaan hudud. Kejayaan itu semakin hampir apabila tertubuhnya jawatankuasa Teknikal Hudud antara Pusat dan Kerajaan Negeri kelantan. 

Ini satu permulaan yang baik ke arah pelaksanaan hudud. 

DAP dalam pakatan rakyat dengan tegasnya menolak pelaksanaan hudud diperingkat negeri mahupun persekutuan. PKR cuba mencari helah disebalik kata-kata manis mereka yang bersalut duri. 

Dengan itu bahawa sesungguhnya, agenda untuk melihat Barisan Nasional ditumbangkan pada pru14 adalah satu agenda yang merugikan proses pelaksanaan Hudud. Ianya akan merugikan PAS dan tuntutan Islam. 

Dengan itu, saya menyeru rakan-rakan sekelian, tekadkan dalam diri bahawa diri masing-masing akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pru14 nanti demi menjayakan pelaksanaan Hudud. 

Ini kerana, PAS berada dalam pakatan rakyat akan dihalang oleh DAP dan PKR, apabila PAS berusaha untuk menjayakan pelaksanaan hudud.

Wednesday, June 11, 2014

E14 : GELAGAT PARTI ISLAM....PENING JUGA


JIKA CALON PR NERAKA TERTUTUP KE?

E14 : PENGUNDI CINA GAGAL? KATA KETUA PEMUDA PAS



Antara faktor juga yang perlu dilihat di Teluk Intan kegagalan pengundi cina yang tinggal diluar balik mengundi. Mungkin faktor rasa selesa dengan kemenangan yang lepas. Pengalaman ini pernah dirasai PAS di Kelantan. Pengundi melayu pula didapati meningkat 3% kepada PR. Hudud? Itu hanya alasan. Ianya bukan isu utama di Teluk Intan... 

Suhaizan Kayat 
Ketua Pemuda PAS 

Tuesday, June 10, 2014

E13 : BUKAN SALAH HUDUD KATA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH


Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan. Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi. 

Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr. Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo. Dalam artikel YB. Gobind Singh Deo hari ini beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan". Beliau juga menyatakan bahawa “This could have resulted in a silent protest vote against Pakatan Rakyat” bermaksud "Ini mungkin telah menyumbang kepada undi protes senyap terhadap Pakatan Rakyat" 

Setelah saya analisa keputusan PRK Teluk Intan yang lepas saya bersetuju bahawa undi non-Muslim kepada DAP berkurangan 25% dan ianya adalah penurunan yang besar memandangkan prestasi cemerlang DAP di dalam PRU 13. Namun adakah YB Gobind sedar bahawa kenyataan menuduh Hudud sebagai punca utama tanpa satu kajian terperinci adalah sangat tidak cerdik dan dangkal. 

Untuk pengetahuan YB Gobind, kajian oleh Dr.Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati bahawa hanya 12% responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat akan isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan ole Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Ini bermakna sebelum PRK lagi terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud. Ia juga dapat dilihat apabila keputusan PRK Bukit Gelugor, calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27%. Sedangkan mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundi adalah 86.30%. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor. Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang? 

YB Gobind juga perlu membaca pengakuan oleh YB Tony Pua dalam artikel "Teluk Intan : A Battle Lost, but A War to be Won" di mana beliau telah menyatakan bahawa Teluk Intan tidak semudah seperti Bukit Gelugor. Mereka juga telah di maklumkan oleh akar umbi DAP bahawa ramai pengundi Cina yang akan mengundi BN pada kali ini. Mereka mengundi DAP untuk "UBAH" namun selepas PRU 13 tidak banyak perubahan yang berlaku. DAP perlu mengkaji pendapat ini dengan lebih mendalam. Apa yang dimaksudkan oleh sebilangan pengundi Teluk Intan dengan tiada perubahan? 

Untuk makluman YB Gobind, pertembungan fraksi juga dikata punca berlaku boikot oleh sebilangan pengundi. Jika dilihat keputusan PRK Teluk Intan, undi yang diperolehi Datuk Mah ketika PRU 13 dan PRK adalah hampir sama. Namun undi yang diperolehi oleh DAP turun 7,480 undi. Jadi 'swing' dari DAP ke BN tidaklah begitu ketara. Adakah terdapat boikot secara senyap oleh fraksi-fraksi yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya? Atau adakah terdapat pengundi yang tidak bersetuju dengan calon selepas mengetahui ibunya adalah ahli pertubuhan Perkasa yang mendapat kecaman kuat oleh masyarakat Tiong Hua? 

Sudah tentu keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana menuju ke PRU 14 mereka perlu mengekalkan prestasi yang tinggi. Namun isyarat kejatuhan sudah mula kelihatan dan ia perlu ditangani segera. Segala persoalan di atas memerlukan kajian yang mendalam dan punca sebenar kekalahan perlu dikenal pasti agar prestasi hambar ini dapat di atasi dalam mana-mana PRK dan PRU 14 yang akan datang. Nasihat saya kepada pimpinan DAP terutamanya YB Gobind Singh Deo; berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup. 

Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP. 

Yang Benar, 
Nurul Islam Mohamed Yusoff 
Timbalan Ketua 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

E 14 : DAP SEPERTI TIDAK MENGENANG BUDI



Ahli-ahli PAS telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon DAP pada PRK Teluk Intan. Ada yg telah mengambil cuti dan berkampung di sana. Ada yg telah menyumbang wang ringgit. Oleh itu jangan ada yang cuba memperlekehkan sumbangan mereka atau mengguriskan hati mereka dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya. Mereka juga manusia yang juga ada perasaan. Kesabaran mereka ada hadnya. 

Iskandar Abdul Samad 
Pesuruhjaya PAS Selangor 

E14 : PULAU BATU PUTIH DIPERJUANGKAN SEMULA


E14: PAS MELENTING DENGAN PERANGAI DAP


1. Yb. Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat. Ia turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli PAS yang bekerja keras membantu jentera PR yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan. 

2. PAS berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Datuk Seri Presiden PAS sendiri turut turun membantu. Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara shif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri - negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan PR yang diwakili DAP di Teluk Intan. 

3. Kenyataan Gobind seperti langsung tidak menghargai pengorbanan PAS. Sedang kekalahan PR yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan turut diratapi oleh PAS. 

4. Selayaknya Post Mortem perlu dilakukan. Muhasabah mesti diadakan diperingkat dalaman PR terhadap kekalahan di Teluk Intan. Bukan mengambil sikap menyalahkan satu pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri. 

5. Hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak patut dijadikan kambing hitam. Kami yakin ada faktor lain yang perlu kepada post mortem. Ketika hudud mula menjadi isu panas di dalam negara, kita menang di Kajang dan kita menang Bukit Gelugor. Kenapa tewas di Teluk Intan lalu hudud di kambing hitamkan ? 

6. Malah hudud sedia diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama, kita alami jatuh bangun dan kalah menang sepanjang musim pilihanraya umum atau pilihanraya kecil dalam tempoh itu. Kenapa pula masa menang kita bergembira dikala kalah kita menyalahkan hudud ? 

Monday, June 9, 2014

E14 : PAS SENDIRI YANG MAHU HUDUD DITANGGUH .KENAPA UMNO DITEMPELAK?


BILA SAHAJA MAT SABU KATA HUDUD TANGGUH PAS TAK BERANI ULAS APA APA KERANA IANYA DIUNGKAPKAN SEWAKTU PRK BUKIT GELUGOR DAN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN DI TELUK INTAN. NAMUN, TERNYATA JELAS APA YANG DIPUTUSKAN OLEH PAS TERNYATA GAGAL.

PAS SENDIRI DILIHAT MASIH LAGI TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN HUDUD .MEREKA HANYA TAHU BERCERAMAH DAN MEMAKI UMNO DAN MENUDUH UMNO YANG MENOLAK HUDUD. 

INILAH SIKAP LOGHAT KATA ORANG UTARA YANG ADA PADA PAS.

E14 : PULAU BATU PUTIH PERLU DIKEMBALIKAN TITAH SULTAN JOHOR





LEBIH DEKAT DENGAN MALAYSIA .MAKA INI HAK NEGARA MALAYSIA.

ARKIB 

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh. 

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor. 

E14 : MCA TETAP TOLAK HUDUD. UMNO SEDIA MELAKSANAKANNYA ?


E14 : TERLAKSANAKAH UNDANG UNDANG SYARIAH PENUH DI MALAYSIA?


TERPULANG KEPADA UMNO DAN PAS DALAM MEREALISASIKAN PERUNDANGAN ISLAM SEPENUHNYA DAN BUKAN HANYA DI CERAMAHKAN SAHAJA .

Friday, June 6, 2014

E14: MUDAH KAN MELANCONG? ASALKAN ALASAN BEKERJA


GEORGE TOWN: A total RM611,051 of public funds had been spent in six months by Penang government executive councillor on their overseas trips between November last year and April this year.
During the period, Penang MCA Liaison Committee Deputy Chairman Tan Teik Cheng alleged various executive councillors had travelled to places such as Berlin and Shanghai.
He said acccording to reports from state government entity Invest Penang, the Chief Minister Lim Guan Eng and the state executive councillors had travelled overseas 20 times to visit numerous state leaders and traders, and to attend seminars.
Among them, he alleged that state exco Phee Boon Poh, who is in charge of welfare, caring society and environment portfolios, had travelled the most with five overseas trips.
Pointing out that some trips were conducted during assembly sessions, Tan slammed the absent excos of Pakatan Rakyat state government as irresponsible.
“This is not only a waste of the public’s money.
“It is also a dereliction of duty as their absence from the state legislative assembly has prevented them from responding to the many enquiries raised by assemblymen.
“How is Lim expected to maintain a system of checks and balances within the state if he, as the Chief Minister, is unable to supervise his own Pakatan comrades?
“As the highest ranking man in the state government, he should set an example for his exco members to follow, focusing in particular on their attendance in the state assembly.
“The fact that these key people are absent from the winding up session of the State Assembly is just plain disrespectful,” said Tan in a statement here today.
Tan also called on Lim and his excos to reveal their achievements of the frequent trips abroad.
He also wants them to clarify on whether or not they boarded budget carrier AirAsia or travelled in economy class.
“If they did not, it would only mean that Lim’s thrifty image is nothing, but a publicity stunt,” said Tan.

E14: PRU 14 DAN PRU 1969.APAKAH AKAN SAMA JUMLAH MELAYU DALAM DAP?

Thursday, June 5, 2014

E14 : PAS YANG KUFFAR?


PEMIMPIN PAS KATA : 

PAS menuduh UMNO sebagai KAFIR, Kuffar dan lain-lain tuduhan dan melarang umat Islam lain mendekati UMNO kerana UMNO tidak melaksanakan Hudud.


SEKARANG SIAPA YANG KUFFAR......

Tapi apakah PAS sendiri sudah 100% mengikut ajaran Islam? Jika benar, 

mengapa PAS meninggalkan perintah Allah yang berikut?



Al-Mumtahanah : 1. 


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku 

dan musuhmu [b]menjadi teman-teman setia yang kamusampaikan 

kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; 

padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang 

datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena 

kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar 

untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu 

berbuat demikian).Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita 

Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih 

mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. 

Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka 

sesungguhnya dia telah TERSESAT dari jalan yang lurus." 

Wednesday, June 4, 2014

E14 : SAYA TIDAK AKAN KELUAR DAP. " DYANA"






PETALING JAYA: Calon DAP yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalaman beliau dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah berbeza.



Berikutan itu, Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana beliau bermula sebagai ahli biasa ketika menyertai DAP.

Beliau juga menganggap DAP sebagai keluarga, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.
“Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi tidak bermakna seseorang perlu meninggalkan keluarganya setiap kali berlakunya perbezaan pandangan.

“Saya mempunyai lebih banyak alasan yang boleh ‘disabitkan’ untuk keluar dari parti berikutan kegagalan dipilih atau dilantik sebagai wakil rakyat.

“Mungkin sekiranya Tunku Aziz menghabiskan lebih banyak masa bersama kami di peringkat akar umbi, beliau turut bersetuju dengan saya,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Peguam berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.
“Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, diharapkan tiada pihak menyalahanggap tentang dirinya kerana beliau berbangga menjadi orang Melayu.

“Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.
Selain itu, beliau mendakwa slogan ’1Malaysia’ yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengalakkan semangat rakyat Malaysia bukan menjurus kepada kepentingan politik.


UST AZHAR HIDUP BERMEWAH OK LA TU ..... : )


INILAH CARA ZUHUD UST AZHAR. TAPI APAKAN DAYA DIA USTAZ SOKONG PAS.... SEMUA OK LA TU .KALU ZUHUD NAIK PROTON SECOND PUN OK KAN KAN KAN KAN

E14 : PAS TETAP CINTAKAN DAP

Photo: Duduklah bawah ketiak DAP kalau dah rasa sesuai dan selesa...

E14: MUNGKIN INI JUGA PENYEBAB DAP KALAH DI TELUK INTAN


BOLEH BETUIKAN RAMBUT LAGI TU..... ISH ISHHHH




1. Sifat Talam Dua Muka 


Di hadapan masyarakat Melayu , Dyana Sofea pula berani mengatakan beliau tidak pernah menentang hudud tetapi di hadapan masyarakat bukan Melayu pula beliau tampil mengatakan beliau sebenarnya menentang pelaksaan hudud. Apabila ditekan maka beliau mengatakan beliau sebenarnya menyokong pendirian partinya iatu parti DAP. Apabila ditelan lagi beliau pula mengatakan beliau tidak akan menyokong hudud sekirannya dibentang di parlimen. 

Sekirannya kita mengalisis semasa Dyana Sofea berkempen di Teluk Intan maka kita akan mendapati Dyana Sofea akan berselendang dan berbaju kurung di majlis PAS, manakala tidak berpakaian sedemikian di majlis DAP. Di hadapan pengundi Melayu maka cara pemakainnya seolah – olahnya sopan dan di hadapan masyarakat Cina pula seolah – olah beliau adalah terbuka . 

2. Peguam atau PA ? 

Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud yang mengaku sebagai peguam dilaporkan sebenarnya menipu mengenai kelayakan beliau itu .namun DAP mungkin berjaya menampilkan bukti sewaktu kempen berjalan 

3. Penipuan Status Ibunya 

Ketika disoal Dyana Sofea menafikan bahawa ibunya adalah ahli PERKASA. Namun begitu , tidak lama kemudian ibunya pula tampil membuat persidangan media dan mengatakan beliau akan keluar dari PERKASA. Sekirannya bukan ahli maka persidangan media tersebut adalah menafikan dirinya adalah ahli dan bukannya menggumunkan akan keluar. Cara politik penipuan sedemikian adalah politik Anwarisme yang suda semakin menyerap dalam jiwa Dyana Sofea yang masih lagi mentah. 


4. Kenyataan terkenal Dyana Sofea mengatakan Orang Melayu di UITM tidak boleh bersaing dengan bangsa lain menyebabkan mereka mentaliti mereka mengalami ketidakupayaan untuk bekerja dan hidup bersama – sama dengan kaum lain. Dyana sendiri merupakan seorang Melayu dari UITM dan adakah Dyana Sofea sendiri mengutuk dirinya sendiri yang memiliki mentaliti dan ketidakupayaan untuk bekerja ? 

5. . Parti DAP demi kemenangan sehingga adat asas untuk menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah tidak dapat dilaksanakan apabila meneruskan dengan kempen mereka di Teluk Intan. ( Orang dahulu percaya konsep TULAH ). Anak muda yang masih lagi mentah dijadikan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka. Apa yang lebih menyedihkan adalah budaya Anwarisme sudah mula menyerap ke dalam Dyana Sofea. Sepanjang kempen pilihan raya terdapat banyak percanggahan , penipuan dan kepura – puraan Dyana Sofea mula terpancar.