Wednesday, June 4, 2014

E14: MUNGKIN INI JUGA PENYEBAB DAP KALAH DI TELUK INTAN


BOLEH BETUIKAN RAMBUT LAGI TU..... ISH ISHHHH




1. Sifat Talam Dua Muka 


Di hadapan masyarakat Melayu , Dyana Sofea pula berani mengatakan beliau tidak pernah menentang hudud tetapi di hadapan masyarakat bukan Melayu pula beliau tampil mengatakan beliau sebenarnya menentang pelaksaan hudud. Apabila ditekan maka beliau mengatakan beliau sebenarnya menyokong pendirian partinya iatu parti DAP. Apabila ditelan lagi beliau pula mengatakan beliau tidak akan menyokong hudud sekirannya dibentang di parlimen. 

Sekirannya kita mengalisis semasa Dyana Sofea berkempen di Teluk Intan maka kita akan mendapati Dyana Sofea akan berselendang dan berbaju kurung di majlis PAS, manakala tidak berpakaian sedemikian di majlis DAP. Di hadapan pengundi Melayu maka cara pemakainnya seolah – olahnya sopan dan di hadapan masyarakat Cina pula seolah – olah beliau adalah terbuka . 

2. Peguam atau PA ? 

Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud yang mengaku sebagai peguam dilaporkan sebenarnya menipu mengenai kelayakan beliau itu .namun DAP mungkin berjaya menampilkan bukti sewaktu kempen berjalan 

3. Penipuan Status Ibunya 

Ketika disoal Dyana Sofea menafikan bahawa ibunya adalah ahli PERKASA. Namun begitu , tidak lama kemudian ibunya pula tampil membuat persidangan media dan mengatakan beliau akan keluar dari PERKASA. Sekirannya bukan ahli maka persidangan media tersebut adalah menafikan dirinya adalah ahli dan bukannya menggumunkan akan keluar. Cara politik penipuan sedemikian adalah politik Anwarisme yang suda semakin menyerap dalam jiwa Dyana Sofea yang masih lagi mentah. 


4. Kenyataan terkenal Dyana Sofea mengatakan Orang Melayu di UITM tidak boleh bersaing dengan bangsa lain menyebabkan mereka mentaliti mereka mengalami ketidakupayaan untuk bekerja dan hidup bersama – sama dengan kaum lain. Dyana sendiri merupakan seorang Melayu dari UITM dan adakah Dyana Sofea sendiri mengutuk dirinya sendiri yang memiliki mentaliti dan ketidakupayaan untuk bekerja ? 

5. . Parti DAP demi kemenangan sehingga adat asas untuk menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah tidak dapat dilaksanakan apabila meneruskan dengan kempen mereka di Teluk Intan. ( Orang dahulu percaya konsep TULAH ). Anak muda yang masih lagi mentah dijadikan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka. Apa yang lebih menyedihkan adalah budaya Anwarisme sudah mula menyerap ke dalam Dyana Sofea. Sepanjang kempen pilihan raya terdapat banyak percanggahan , penipuan dan kepura – puraan Dyana Sofea mula terpancar.