Thursday, June 12, 2014

E14 : SIAPA ULTRA KIASU MENJELANG PRU 14 ?



Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien. Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem, maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultra Kiasu'? 



Contohnya ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi. A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.

Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B. Dia merasa'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan. Akibatnya si A telah bertindak agresi fmerampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian. 

Dalam kes ini, si A telah mengalami sindrom KIASU. Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba, tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.