Friday, May 16, 2014

PRK51 : MCA = MALAYSIA CHICKEN ASSOCIATION KATA RAMKARPAL







UCAPAN RAMKARPAL MALAM SEMALAM ( 15.4.14)


Ram Singh Karpal Singh

1) Kematian bapa saya merupakan satu kehilangan yang besar kepada keluarga, rakan, parti dan juga negara.

2) Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir padahal bapa saya bukanlah seorang yang berpangkat. Beliau cuma manusia biasa yang merupakan seorang pendukung demokrasi. Beliau sangat percaya kepada kesamarataan dan kebebasan bersuara.

3) Beliau terkenal kerana beliau berjalan bersama-sama orang biasa. Rakyat biasa.

4) Apabila beliau mati, kita memerlukan seorang pejuang yang mana boleh meneruskan segala usaha bapa saya sebelum ini dan DAP telah meletakkan kepercayaan kepada saya.

5) MCA sudah tiada tempat lagi dalam Pulau Pinang. MCA sudah mati dalam BN. MIC pula tidak pernah nampak muka.

6) MCA layak digelar Malaysia Chicken Association.

7) Tetapi jangan tertipu dengan taktik BN apabila BN tidak bertanding. Ramai datang ucap tahniah pada saya kerana mereka beritahu saya sudah menang dan merek tidak perlu keluar mengundi. Ini silap. Kita perlu keluar mengundi dengan menyatakan sokongan kepada parti yang membela rakyat.

8) Kita tunjuk pada BN walaupun mereka tidak bertanding kita hebat dengan menaikkan lagi majority.


KESIMPULAN BK : RAMKARPAL TERPAKSA MENGAITKAN NAMA AYAHNYA DAN MENAGIH SIMPATI UNDI RAKYAT