Wednesday, May 14, 2014

PRK 51 :PAS KEMPUNAN LAGI . ISU LAMA BERDENDANG 2 HARI DI BUKIT GELUGOR


Detik detik cemas yang berlaku di negeri Terengganu menyaksikan rakan rakan PAS yang berkempen di Bukit Gelugor menjadikan isu berkenaan dalam perbualan mereka. Dengan penuh yakin mereka menyatakan PAS akan memerintah Terengganu dan ini terbukti  UMNO sedang berpecah.Ada juga yang menyatakan Allah telah menunjukkan kebenaran akibat daripada permainan jahat UMNO sewaktu kes di Perak.Namun, hakikat sebenarnya apa yang berlaku pada sepanjang hari 13 Mei ialah satu proses konfrantasi dalaman MB itu sendiri.

Dalam kebanyakan isu yang sempat admin catitkan di sepanjang tempoh berkempen PAS di sekitar PDM Kg Melayu, Sg Gelugor dan Tamn Tun Sardon adalah seperti berikut : 

1. UMNO mengalih isu rasuah dengan isu hudud
2. UMNO tidak jujur membela Islam di Malaysia
3. UMNO mengkhianati Islam
4. Kes kes rasuah yang melibatkan pimpinan UMNO dilepaskan
5. DAP banyak membantu perkembangan Islam di Pulau Pinang.
6. GST cara terbaru UMNO merompak wang rakyat
7. Tiada isu untuk PAS dan UMNO bersatu dan PAS jelas dengan pendirian mereka di dalam PR.

Kesemua isu ini seolah olah menjadi lali dalam perbualan jurucakap  PAS sepanjang kempen 2 hari ini. Rata- rata admin melihat jentera PAS Kedah banyak membantu disebabkan loghat utara yang sama dan mudah difahami. Jentera PAS Kelantan hanya bergerak dari rumah kerumah sahaja bagi memastikan RamKarpal dipilih oleh pengundi Melayu.

-end-