Wednesday, May 14, 2014

PRK 51 : DAP HANYA TAKUT UNDI MAJORITI MENYUSUT




Ceramah DAP di Island Glades dan Kampung Melayu menunjukkan DAP sebenarnya risau akan berlakunya penyusutan majoriti menang. Mereka sememangnya yakin memang dalam PRK ini namun yang mereka risau ialah faktor undi majoriti


Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh admin, jangkaan jumlah pengundi yang akan turun mengundi ialah pada kadar 60 ke 70% sahaja. Keadaan ini  amat merisaukan DAP. Lalu setiap kempen dan sesi kunjung hormat ke kawasan  mesti disertai Lim Kit Siang dan adun adun kawasan berbangsa Cina. 

Andaian awal juga menunjukkan pengundi luar kemungkinan besar tidak akan pulang mengundi kerana seperti mana biasa PRK bukanlah meletakkan matlamat untuk menumbangkan BN di peringkat negara. Kecualilah DAP menggunakan pemberian imbuhan kepada pengundi luar yang pulang. Ini pandangan salah seorang pengundi yang admin jumpa di Relau malam kelmarin. .

Berdasarkan keputusan lalu DAP menang kerusi Bukit Gelugor dengan majoriti 42706 undi. 

-end-