Wednesday, January 8, 2014

PAS MAKAN CILI.ITU SEBAB MARAH TS SS HARUSSANI



KOTA BHARU – Kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bukan bermaksud menuduh tetapi bersifat memberi contoh dengan situasi yang berlaku di Himpunan Turun pada malam ambang tahun baharu minggu lalu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, situasi di himpunan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkataan bughah dalam istilah fiqah namun ia boleh digunakan bagi tujuan memberi tauladan dan contoh.

“Pada pendapat saya, ia hanya contoh, bukan menuduh, tugas kita sebagai mufti adalah untuk memberitahu tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam, tentang fatwa, nasihat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan salah faham.

“Kalau mereka (peserta) tidak tergolong dalam contoh yang dinyatakan, maka mereka tidak perlu marah atau terasa hati dengan kenyataan itu, kalau  keluar beramai-ramai tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, itu tidak menjadi masalah, kenyataan tersebut sebenarnya dipolemikkan golongan tertentu.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pihak yang tampil membuat laporan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak tersebut.

Menurutnya, Harussani  memberikan contoh itu supaya masyarakat Islam yang menyertai himpunan itu sedar tentang apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Beliau berkata, sebagai contohnya di negara-negara bergolak lain  mengharamkan himpunan dan demonstrasi yang boleh mengakibatkan kemudaratan kerana ia akhirnya melibatkan kematian.

“Tetapi realiti yang berlaku baru-baru ini tidak seteruk negara luar, sebagaimana dalam Fiqah, tetapi, guling dalam istilah syarak adalah dilarang, yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

“Kalau tunjuk perasaan secara aman, tidak menjadi masalah, tetapi kini apa yang dapat dilihat, masyarakat kurang kefahaman dan kurang kepercayaan kepada institusi fatwa dan ulama, sehingga perkara-perkara seperti ini boleh timbul dan pelbagai pertikaian dari pihak-pihak tertentu, inilah salah satu cabaran yang perlu kita hadapi sekarang,”katanya.

BK : PAS MANA NAK FAHAM ANTARA CONTOH DAN BIDALAN. PAS TERASA MEREKA BUGHAH. YANG MAKAN CILI BIASANYA AKAN TERASA PEDAS.