Wednesday, January 8, 2014

KALIMAH ALLAH SALAH BN LAGI ?




Kerajaan Selangor akan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu. 



Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Sallehen Mukhyi berkata ini kerana terdapat percanggahan antara Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan kabinet pada 2011 dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Kerajaan persekutuan sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011 membentangkan Penyelesaian 10 Perkara.

Ia antara lainnya menggariskan kalimah "Allah" boleh digunakan di Malaysia Timur dan memerlukan tanda "Untuk Kristian Sahaja" di Semenanjung Malaysia.
 
"Pendirian kerajaan negeri adalah kita bersama titah Tuanku dalam penggunaan kalimah Allah.

"Tetapi yang saya nak tulis surat pada menteri, saya nak penjelasan kenapa import Bible (bahasa Melayu) dibenarkan.

"Dia (menteri) perlu jelaskan kepada semua negeri supaya tak jadi isu politik," katanya pada sidang media pagi ini di Shah Alam hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Paderi Lawrence Andrew, yang mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian di negeri itu sebelum ini.

Menurutnya, pandangan beliau sebelum ini bersandarkan kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Setiap kumpulan agama mempunyai hak mereka untuk menguruskan hal ehwal agama mereka.

"Saya tak boleh beritahu orang Islam, Hindu atau Buddha apa yang perlu mereka lakukan.

"Jangan salah anggap ya, inilah sahaja yang saya katakan sebelum ini.

"Saya seru semua ayuhlah kita bersaudara, bersama bina jambatan dan bersahabat," katanya.

BK : TULISAN MERAH BAGI PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI JAWAB. MEREKA LAGI ARIF DAN JAWAPAN MEREKA LAGI TEPAT.