Thursday, November 14, 2013

PASCA PRU 14 : PKR PANDAN BUBAR . ADA RAFIZI KISAH?


AMPANG - Pengerusi Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pembubaran cabang PKR Pandan serta penutupan Bilik Gerakan Utama PKR yang telah beroperasi sejak 1999 sebagai satu kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Pandan. 

Menurutnya, selain itu penghijrahan 80 ahli PKR termasuk Abdul Aziz Jusoh yang dikatakan 'orang kuat' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu juga merupakan detik permulaan buat Umno Pandan untuk kembali mengukuhkan kedudukan politik di Selangor, khususnya di Parlimen Pandan. 

“Kita perlu sedar, mereka masuk Umno dan membubarkan PKR Cabang Pandan ini bukan di dalam musim pilihanraya, sebaliknya berlaku selepas enam bulan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu, 

“Jelas menunjukkan dalam tempoh enam bulan ini, bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan parti PKR, contohnya di Sabah, dua orang Adun PKR telah keluar dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN," katanya selepas menerima borang keahlian Mohd Aziz dan 80 bekas ahli PKR Pandan, malam kelmarin. 

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi yang langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Pandan sejak menang PRU lalu punca beliau keluar dan meninggalkan perjuangan sia-sia 16 tahunnya bersama PKR. 

“Tindakan Rafizi yang turut mengaitkan saya dengan wang dan sogokan dari Umno untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. 

“Kini, selepas menyerahkan borang Umno, saya rasa bersyukur dan gembira kerana bebas dari rasa bebanan yang dipikul selama ini. Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk Umno, khususnya dalam usaha merampas semula Selangor dari pakatan DAP-PKR-Pas Selangor,” katanya

BK : SEBELUM NI BANYAK YANG BUBAR DAN 

KELUAR  PARTI. PKR TETAP JUGA MENANG!!!!YANG 

PENTING UMNO DAN BN BUAT KERJA DAN JANGAN 

BUAT  GIMIK BANYAK.