Thursday, November 14, 2013

PASCA PRU 14 : MB SELANGOR MUNAFIK. AZMIN NAIK ANGIN !!!




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dikritik hebat sekali gus berdepan kemarahan Adun PR negeri ini yang menganggotai Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) apabila dikatakan ‘membakulsampahkan’ atau mengetepikan memorandum yang disampaikan mereka, berkaitan isu pembangunan rakyat yang perlu diberi penekanan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor. 

Dalam satu kenyataan secara bersama, BBC berkata, amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri bercadang membentangkan sebuah Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang gagal membawa isu-isu rakyat secara dekat. 

Ini menjadikan Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang bakal dibentangkan dilihat tidak mengikut standard pengurusan ekonomi yang baik di mana belanja mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat. 

Belanjawan 2014 Negeri Selangor akan dibentangkan pada minggu hadapan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dun Selangor. 

Menurut kenyataan itu, Menteri Besar itu juga telah membohongi Adun-Adun PRdengan tidak memanggil mesyuarat lanjutan membincangkan isu yang terkandung dalam memorandum pada 5 November lalu.

BK : SAMA SAHAJA ANTARA AZMIN DAN KHALID. KEDUA DUANYA MENJAHANAMKAN ISLAM .SEORANG MENGGILA NAK JADI MB. SEORANG LAGI MENGGILA NAK PERTAHANKAN JAWATAN MB. ELOK SELANGOR WUJUDKAN  2 JAWATAN MB