Satu kajian media mendapati keghairahan Utusan Malaysia dalam memberi liputan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau ahli politik yang paling
banyak diberikan publisiti oleh akhbar itu (carta di atas).
Pada masa
sama, media bercetak lain seperti New Straits Times, The Star dan Sinar Harian
pula lebih menyerlahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar
menduduki carta teratas dalam liputan oleh Utusan. Namun, beliau didapati
dihentam secukup-cukupnya oleh akhbar itu dalam satu laporan pemantauan media
dalam tempoh 7 April 2013 sehingga 7 Mei 2013.
BK : COVERAGE HENTAM NUAR LA .