SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian terhadap
tahaaluf siyaasi dengan PKR untuk penambahbaikan parti walaupun cadangan itu
ditolak pucuk pimpinan tertinggi.
Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan
kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan
'keluar' daripada PR.
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama
yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian
sedia ada yang dilakukan sejak 2008.
"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul
Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.
"Kita akan teruskan
sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.
"Tahaaluf siyaasi bukan
untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam
PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini
BK ; ULAMAK PUN DEPA LAWAN PUAK DAP DALAM PAS INI. PORAHHHH