Tuesday, September 17, 2013

PRU 14 : BERHADAPAN DENGAN SAKI BAKI PKM BARU


pru 14 tidaklah sejauh mana yang kita sangkakan. perjalanan pru 13 telah pun melalui angka 5 bulan yang menyaksikan sokongan kaum cina hanya pada kadar 6 hingga 12% sahaja diseluruh negara. Sokongan Melayu dan bumiputra pula berada di paras 57 hingga 67%. Angka menunjukkan sokongan melayu dan bumiputra semakin kuat dan kukuh walaupun puak puak dap dan pas memainkan sentimen agama dan perkauman yang menebal.

dap berkeyakinan teguh bahawa pru13 adalah milik cina cauvanis seperti mereka. mereka telah berjaya menjalan gerakan melahirkan ekstrimis cina supaya membenci melayu dan pemerintah. ianya seakan akan sama seperti zaman pkm bermaharajalela. mana mana kaum cina yang menjadi mata mata kepada kerajaan tunku, maka mereka akan dibunuh dengan kejam oleh pkm. ini belum kira lagi pembunuhan orang melayu di sekitar perak .

Banyak pihak kini keliru mengenai Malayan People Anti Japanese Army, MPAJA atau Pasukan Tentera Anti-Jepun ini.MPAJA, ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya, PKM, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.

MPAJA ditubuh bagi melancarkan serangan gerila terhadap Jepun di Tanah Melayu.Penubuhan MPAJA pada 1942 disokong penuh oleh British yang tertarik dengan ketegasan PKM menentang Jepun. British menggunakan kesempatan ini untuk bekerjasama dengan MPAJA.British telah menyerahkan hampir 7000 pucuk senapang kepada MPAJA untuk menentang Jepun . Bayangkan 7000 pucuk senapang inilah yang PKM gunakan untuk membunuh orang Melayu, India dan Cina yang pro kepada Tunku.

Serentak itu, British telah mengiktiraf PKM pada tahun 1942 sebaik sahaja British kalah di tangan Jepun. Jadi bagaimana puak penyokong dap boleh buat filem bertajuk new village seolah olah british bertindak kejam kepada mereka. british cuba berkonfran dengan pkm kerana pkm mahukan tanah melayu diserahkan kepada mereka. mengapa pkm kuat? bukankah kerana gerilla mpaja telah dilatih oleh british sendiri dan lengkap kemudahan senjata mereka ?

british tidak pernah menarik semula senjata yang diberikan kepada mpaja . lalu senjata inilah yang mereka gunakan untuk mengembangkan sayap kekuatan dan mengugut rakyat di tanah melayu ketika itu . mereka mengharu birukan negara . 

MPAJA dalam tahun 1944 telah menerima banyak  bantuan daripada British. british sediakan airdrop dan beribu-ribu senjata untuk menentang Jepun...MPAJA dalam masa pemerintahan Jepun 1942 hingga 1945, telah mengikuti latihan dan British membantu mereka termasuk menghantar pasukan tenteranya untuk sama-sama jalani latihan dengan MPAJA . Tetapi apabila Jepun menyerah diri, pada masa itu MPAJA mula keluar dari hutan dan ambilalih, masa itu tiada siapa, polis boleh dikatakan amat kurang, jadi MPAJA bermaharajalela lebih kurang 3 bulan".

MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Tanah melayu sebagai tanah air, tetapi kerana sentimen anti Jepun kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun terhadap kaum Cina.Semua orang tahu bahawa negara China dan Jepun mempunyai sejarah politik yang agak panjang. 

Daripada tahun 1948 hingga 1952, lebih kurang 10 tahun anggota PKM berada dalam hutan dan menentang kerajaan. Pada masa itu, mereka menembak, membunuh polis dan Pasukan Keselamatan. Boleh dikatakan pada tahun 1947-1948 tentera Malaya, Polis masih lemah dan tidak cukup kelengkapan. Bagaimanapun, pada 1950, polis mula kuat dan sudah cukup latihan dan mula bertindak untuk menentang komunis".
 
Anggota PKM yang pernah berada dalam MPAJA  menggunakan latihan dan persenjataan yang dibekalkan oleh British ketika melawan Jepun untuk membunuh orang awam dan menentang pasukan keselamatan selepas perang berakhir.Gerakan ganas itu telah menyebabkan lebih 10 ribu anggota tentera, polis dan orang awam cedera atau terbunuh.

Kesimpulannya, mengapakah dap berwatak sama seperti PKM? jawapannya ada di dalam tanda putera . sebuah cerita benar dan tidak berani di saman oleh dap sendiri. apapun, orang melayu tetap mudah lupa kerana mereka telah senang dengan nikmat yang ada. jika chin peng lah yang menguasai tanah melayu ini, mungkin orang yang bercakap berlagak menjadi pejuang chin peng sekarang merupakan hamba abdi atau telah pun dibunuh oleh komunis. inilah manusia melayu yang tidak mengetahui erti syukur.