GAMBAR HIASAN : POHON DI ATAS NAMPAK RENDANG. TAPI SAYANGNYA TIDAK MEMBUAHKAN HASIL DAN TIDAK MAMPU BERJASA KEPADA TUAN YANG MEMBERIKAN BAJA KEPADANYA .APAKAH SILAP FORMULAR ?
begitu cepatnya masa berjalan. hamper lebih 102 hari ds najib menjadi pm dan pru 13 telah pun membuahkan hasil bahawa pohon yang di tuai tidak menghasilkan buah yang mampu di jual. Baja yang diberi kepada pohon 1 Malaysia terlalu mewah sehingga kita pun kadangkala tidak tahu sama ada Baja tersebut sesuai atau tidak dengan pohon 1 Malaysia yang di tanam. kadang kadang pokok kalau terlebih Baja, maka pokok tersebut akan cepat rosak, mudah mati atau pohonnya cantik tapi tidak memberikan hasil.
memang tidak dinafikan ds najib begitu beria menjaga pohon 1 Malaysia . diberikannya Baja yang berkualiti. mahal mahal belaka. tukang kebun yang menjaga formular Baja ini pula terdiri daripada yang handal handal belaka, sehingga tukang kebun kampong yang telah biasa berkebun ditolak pandangannya mentah mentah.
lalu pohon ini disiram dengan ramuan yang cukup baik.setiap hari pohon ini dibelai dan disiram . kadang kadang daunnya di potong supaya Nampak rendang dengan harapan dapat menaungi tuannya . pohon yang rendang kalau dapat membuahkan hasil sudah tentu menggembirakan tuan yang menanam. namun, formular yang diberi oleh barisan tukang kebun kepada tuan punya pokok tidak menjadi. tukang kebun pulak melebihi bos dalam segala hal.
pohon yang rendang ini pada dasarnya dah cantik. sejuk mata memandang. dari jauh Nampak indah. tapi rupanya, Baja yang dicadangkan oleh barisan tukang kebun ialah Baja yang boleh membiakan larva ulat yang akhirnya akan menjahanamkan akar teras pokok tersebut. tersilap formular rupanya. pada peringkat awal, Baja tersebut mampu merendangkan pokok. tapi disebaliknya, baca tersebut membentuk pembiakan ulat yang membahayakan pokok itu sendiri.
berkata tukang kebun dari desa . wahai tukang tukang kebun sekalian, pohon ini masih ada harapan. guna Baja tahi ayam belakang rumah aku pun dah berbaloi. tak perlu guna Baja berbilion billion nilainya. di belakang rumah aku, Baja yang aku buat sendiri menggunakan Tanah gambut dan tahi kambing yang di bakar. kadang kadang Baja tahi ayam dah mampu menyuburkan pokok. kamu terlalu moden sangat wahai tukang tukang kebun.
lalu untuk memastikan akar tunjang pokok sihat seperti sedia kala , apakah formular Baja kampong mampu mengatasi formular tukang tukang kebun Bandar? nantikan selanjutnya .....