Wednesday, July 10, 2013

PRU 14 : PAS RISAU KERANA TIDAK DOMINAN DALAM PAKATAN

KERISAUAN PAS. JELAS MEREKA TIDAK PERCAYA KEPADA DAP DAN PKR

Semasa menunggu pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu, selepas menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor sehari sebelumnya di Alor Setar, saya diingatkan oleh seorang teman bahawa usaha untuk menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan.

Saya ketawa kecil mendengarnya. "Takkan sampai begitu sekali?" tanya saya, serius. "Ketua Pengarang patut lebih tahu," balasnya pantas. Saya mengesan wajahnya; dia juga serius. "Sukar nak percaya ada usaha mahu PAS undur ke belakang dan bertanding secara solo," saya tidak sempat meluahkannya. Dia sudah berjalan ke depan.

Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama KeADILan dan DAP melalui Pakatan memungkinkan keadaan kongsi kuasa tanpa 'PAS dominan', sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan, amatlah perlu untuk semua khususnya pimpinan PAS meyakini bahawa 'risiko yang sudah diperhitungkan' sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti. Kita perlu yakin, dalam keadaan tidak 'dominan' sekalipun, PAS, dan dengan itu perjuangan Islam, tetap akan mendapat manfaat atau keuntungan," tegas Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menjawab kebimbangan jika Pakatan dapat membentuk kerajaan dengan bilangan ahli Parlimen PAS paling kecil. Bagi saya, pandangan Khalid itu wajar ditelaah, termasuk oleh pihak yang mungkin mempunyai pendapat berbeda