Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata wakil parti itu tidak akan mengikut
keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengisytiharan
aset anggota exco.
Katanya alasan yang dikemukakan Khalid berhubung pengisytiharan untuk
sebahagian dari aset tersebut tidak ubah seperti alasan BN.
Oleh yang demikian, DAP tidak akan mengikut arahan tersebut dan sebaliknya menetapkan tiga wakilnya – yang dipertua DUN dan tiga anggota exco – mengisytiharkan sepenuhnya aset mereka.
Hannah Yeoh merupakan Speaker DUN, manakala tiga anggota exco DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan Ganapathi Rao.
Khalid dalam pengumumannya semalam berkata pengisytiharan aset oleh anggota exco tidak meliputi harta yang diperoleh sebelum dilantik ke jawatan terbabit, atas sebab keselamatan.
"DAP dengan hormatnya tidak bersetuju dengan alasan Khalid kerana ini adalah apa yang digunakan BN sebagai alasa untuk tidak mengisytiharkan aset wakil rakyat mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan aset ketua menteri dan kesemua anggota exconya pada tahun lalu dan tidak timbul sebarang ancaman kepada keselamatan diri atau anggota keluarga.
Katanya pengistiharanya itu termasuk aset yang diperoleh sebelum dilantik sebagai exco negeri dan perkara itu disahkan oleh satu firma penguditan antarabangsa.
Lim menjelaskan, pengisytiharan aset sebelum pelantikan ke jawatan kerajaan adalah penting bagi menunjukkan bahawa tiada konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa apabila anggota exco atau ketua menteri membuat sesuatu keputusan

sumber : mkini
ULASAN BK
KENAPA PERLU TAKUT ISYTIHAR HARTA ?
KENAPA KAITKAN DENGAN BN PULA?
APAKAH ADA WAKIL DAP DALAM DUN SELANGOR YANG MENJADI PEMEGANG HARTA DAN ASET DAP ? SEHINGGA DAP TIDAK MAHU AHLINYA DI DALAM DUN TERLIBAT DALAM PENGISYTIHARAAN HARTA ?
LU PIKIAQ LA SENDIRI