Wednesday, July 3, 2013

PRU 14 : GEMPAR!! AZMIN ALI MAHU BERKASIH DENGAN UMNO?



Azmin cadang Rafidah Aziz ketuai rundingan TTPA
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencadangkan supaya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengetuai kumpulan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berdasarkan latar belakangnya yang luas dalam bidang berkaitan.

Menurut Azmin, Rafidah adalah calon paling sesuai kerana mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran terutamanya dalam membawa kejayaan negara selama beliau memegang potfolio tersebut.

"Saya lebih yakin kemampuan beliau serta keupayaannya menggarap perincian dan kemahiran di meja rundingan", katanya, semalam.

TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas yang pluri - lateral dengan penyertaan 12 negara anggota termasuk Malaysia.

Matlamat utama TPPA adalah untuk menjana kerjasama strategik dan konstruktif antara negara - negara Persisiran Lautan Pasifik demi melestarikan kedudukan ekonomi negara masing - masing.

Sementara itu, Azmin turut mempersoalkan ketelusan dan akauntabiliti isu rundingan tersebut kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.

"Isu ketelusan perlu dipandang serius bagi meyakini rakyat supaya perjanjian ini tidak merugikan rakyat Malaysia," katanya.
ULASAN BK

TAHU PUN AZMIN KEHEBATAN BEKAS KETUA WANITA UMNO ATAU AZMIN SAHAJA NAK BAGITAU KETUA WANITA UMNO LA NI TAK SEHEBAT MANTANNYA ?