Saturday, June 15, 2013

PRU 14 : ZAINUDDIN MAIDIN BALUN DS NAJIB


Kecaman demi kecaman diterima oleh Datuk Seri Nazir Razak oleh NGO-NGO Melayu pro UMNO kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia. Terkini, kecaman turut disertai oleh bekas menteri UMNO, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Tan Sri Zainuddin Maidin, semalam membidas tindakan Datuk Seri Nazir Tun Razak, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membela Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan AirAsia X, Encik Azran Osman Rani, yang mengkritik pendirian perkauman akhbar Utusan Malaysia milik parti itu. Datuk Seri Nazir, CEO Kumpulan CIMB Bank Berhad, memuji Encik Azran kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disenangi sesetengah pihak.

Encik Azran diserang hebat Utusan Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO) Melayu berhaluan kanan selepas beliau mengkritik akhbar itu menerusi akaun Twitternya, @azranosmanrani.

"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan orang Cina," tulis Tan Sri Zainuddin dalam pojoknya bertajuk Korporat galak sikap dan amalan anarkis di Utusan Malaysia semalam.

"Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno," tambah beliau.

"Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestui amalan sikap anarkis CEO atau ketua-ketua pegawai eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

"Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno," tambahnya