Tuesday, June 11, 2013

PRU 14 : PKR DAN PAS MENGHINA PSM. PADAN MUKA!


Saifuddin Nasution menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa Pakatan Rakyat (PR) menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak.

Menurut Saifudin, keputusan tersebut telah dilakukan bersama-sama dengan ahli Majlis Tertinggi PR yang lain pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

Tambah Saifudin, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.

"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak", kata Saifudin.

"Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya lagi kepada Sinar Harian Online

PAS tak ada masalah dengan PKR, hanya PAS tak nak calon PSM bertanding atas tiket PKR. Itu isunya. Isu-isu kemudian, soalnya BN boleh menang itu adalah isu selepas isu pokok.
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan untuk menurunkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sebagai calon kerusi parlimen Kota Bahru, Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 2004