Tuesday, June 11, 2013

PRU 14 : DAP LEBIH BERSEDIA AWAL DARIPADA LAWAN UTAMANYA UMNO!




 DAP akan membangunkan rangkaian 'Ubah' di luar negara bagi mendekati kumpulan pengundi luar negara selepas parti itu memberi fokus kepada serangan tanpa henti oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan penglibatan media kawalan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai demi membina alasan bagi mengharamkan parti DAP.

Rangkaian berkenaan dijangka akan mendekati sekitar 500,000 rakyat Malaysia di luar negara terutamanya mereka yang berada di Singapura, Eropah, Amerika, Australia dan Asia-Pasifik.

“Ada lebih banyak ruang dan peluang untuk mendapatkan sokongan daripada 500,000 rakyat Malaysia luar negara yang layak mengundi tetapi tidak berbuat demikian,” kata Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut mengemukakan contoh jumlah pengundi yang keluar mengundi sangat tidak memuaskan di luar negara ketika Pilihan Raya 2013, apabila di Great Britain, dengan hampir 80,000 warga Malaysia, hanya 1,200 yang mengundi di Kedutaan Malaysia di London.

Setiausaha Agung DAP itu turut menegaskan kepentingan warga Malaysia yang menetap di luar negara semakin meninggi berikutan perakuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan pengundian luar negara di Kedutaan Malaysia sewaktu pilihan raya ini.

Dalam kenyataan sama Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok sebagai Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor dan tiga ahli majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi Kerajaan Negeri Selangor mewakili DAP iaitu Tony Pua, Datuk Teng Chang Khim dan Gobind Singh Deo.

“Ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 5 Jun 2013,” katanya.
ULASAN

NAMPAK TU. PUAK DAP INI BEKERJA KUAT SELEPAS SAHAJA 5 MEI . TERUS BUAT PERANCANG DAN TERBARU NAK TAWAN HATI 500000 PENGUNDI LUAR NEGARA. BN BUAT APA? OOOO HONEYMOON DAN TERLUPA ANGKA 500000 INI KER ?

MENTERI LUAR BUAT APA? KERAJAAN LANTIK DUTA DAN PEGAWAI PEGAWAI KANAN KERAJAAN DI SETIAP NEGARA UNTUK BERI PEMAHAMAN JELAS KEPADA RAKYAT DI LUAR NEGARA, TETAPI MEREKA TETAP MAHUKAN PAKATAN. SEBAB APA?

PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA TERIKAT DNGAN PROSEDUR ? APA? PROSEDUR ? PUAK DAP INI BUAT KEJE MAIN BELASAH JER. DI PULAU PINANG DIA LANTIK STAF KERAJAAN SECARA KONTRAK , TAPI BUAT KERJA UTK PR DAN DAP.

ADA FAHAM KA BN ?