Thursday, October 25, 2012

PASCA E13 : SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 10 ZULHIJAH 1434 H / 26 OKTOBER 2012


BADARKHUBRO MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS KE KHILAFAN SEPANJANG MENULIS DI DALAM BLOG. MEMANG PUAK PAKATAN AKAN TERASA . TETAPI, DEMI SEMUA KEIKHLASAN DAN KEBENARAN



BERTAKBIR SAMBIL BERKORBAN.

Perintah melaksanakan ibadah qurban diturunkan oleh Allah Swt. kepada junjungan mulia Nabi Muhammad Saw. dan seluruh umatnya menerusi firman Allah Swt. berikut :

"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad ) nikmat yang banyak (sebuah sungai di syurga). Maka, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah (nahr). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus”.
Surah Al Kausar (108) : ayat 1-3

Bagaimana mahu melakukannya, dijelaskan oleh sifat amalan Nabi Saw. sendiri serta para sahabatnya, yang salah satunya dinyatakan di dalam hadis berikut :

“Dari Abu Ayyub Al Ansori rhu. ia berkata : Di masa Rasulullah Saw., setiap seseorang lelaki berqurban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”.Hadis riwayat imam Tarmidzi rh., kitab Al Adhahi, Jilid 2 no. 1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Diriwayatkan juga oleh imam Ibnu Majah rh. Jilid 2 no. 2546 (dengan sanad yang sahih)