Thursday, October 25, 2012

PASCA E 13 : DEDAH!!! DAP STATE KANTOI : FAKTA SAH !!!! HIBURAN ANTARA CUKAI TERTINGGI DI PULAU PINANG.


LAMPIRAN LAPORAN AUDIT 2011


JENIS CUKAI
ANGGARAN ASAL
ANGGARAN DISEMAK
SEBENAR
BEZA
HIBURAN
6 500 000
6 500 000
11 277 876
4 777 876
TANAH
110 000 000
110 000 000
106 040 814
3 959 186
PARIT DAN TALIAIR
670 000
670 000
666 070
3 930
CUKAI LANGSUNG
190 000
190 000
191 894
1894


ULASAN BK :

TERANG DAN TAK PERLU BERSULUH LAGI. PERTAMBAHAN KUTIPAN CUKAI HIBURAN BERNMAKSUD BERTAMBAH DENGAN BANYAK PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG. PERTAMBAHAN INI TIDAK DISEDARI. NAMUN, DENGAN ANGKA CUKAI, KERAJAAN NEGERI DAP DAH TERKANTOI.

APA YANG PAS BOLEH BUAT. PAS MEMANG RESTU HIBURAN DI PULAU PINANG DITINGKATKAN PENCAPAIANNYA .

APAKAH SELAMA INI ANGKA JUMLAH PUSAT HIBURAN DAN KATEGORI YANG SEWAKTU DENGANNYA SEPERTI YANG DILAPORKAN DALAM SIDANG DUN TIDAK TEPAT?

BANYAK YANG AKAN DIRUNGKAI DAN DIDEDAHKAN. KERAJAAN NEGERI MUNGKIN SEDANG MENYOROKKAN FAKTA SEBENAR KATEGORI HASIL DAPATAN CUKAI HIBURAN.

LAMPIRAN

Laporan Sinar Harian pada 15 April lalu.

TANJUNG – Penduduk di sini merayu supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau dengan lebih ketat premis hiburan di situ kerana ada antara premis yang sesuka hati menjalankan operasi melebihi masa sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Pekerja nasi kandar, Johan Abdullah berkata, adakalanya premis hiburan seperti disko menjalankan operasi dari jam 10 malam hingga 4 pagi.Menurutnya, ia mengganggu penduduk yang tinggal di sepanjang Jalan Penang dan juga beberapa kawasan perumahan kedai lain antaranya Lebuh Campbell.

“Keadaan lebih teruk pada hujung minggu. Kami terpaksa mendengar bunyi muzik yang menyakitkan telinga.“Sepatutnya peniaga pusat hiburan itu kena faham mereka menjalankan operasi di kawasan penduduk,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Bahagian Perlesenan dan Penguat kuasa MPPP mengadakan serbuan mengejut ke atas sebuah premis hiburan di Lebuh Campbell.

Operasi dilakukan kerana penduduk mendakwa bunyi yang terlalu kuat membelenggu mereka sehingga jam 5 pagi.

Dalam operasi yang bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi itu membolehkan sistem pembesar suara bernilai hampir RM100,000 dirampas MPPP.

Menurut sumber, ada antara penduduk yang geram sehingga membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memaklumkan seolah-olah ada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dirasuah.

Premis yang melanggar syarat dan undang-undang boleh dikompaun mengikut Undang-Undang Kecil MPPP bagi Akta Pusat Hiburan sehingga RM20,000.

Bagi pemilik kedai makan, Michelle Ong pula berkata, pusat hiburan terbabit tidak membawa sebarang faedah kepada penduduk setempat.

“Kami sudah lama tinggal di sini. Sememangnya sudah banyak pusat hiburan di Lebuh Penang atau Lebuh Chulia.

“Penduduk di sini berharap MPPP dapat membuat operasi dengan lebih kerap dan pantau premis terbabit supaya tidak buat bising lagi. Kami sangat sakit hati bila mendengarnya,” katanya.