Tuesday, October 23, 2012

PASCA E 13 : MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG INDAH KHABAR DARI RUPA. GAGAL!!!!! DAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT


Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, Bahagian Pelesenan telah menerima peruntukan sejumlah RM17.10 juta daripada bajet tahunan Majlis untuk tujuan pembangunan, naik taraf dan penyenggaraan kompleks makanan dan pasar awam.

 Terdapat sejumlah 62 kompleks makanan dan pasar awam diurus oleh Majlis yang dipecahkan kepada tiga zon iaitu 27 buah kompleks makanan dan pasar awam di Zon Utara, 18 buah di Zon Selatan dan 17 buah di Zon Tengah.

Pengauditan yang dijalankan mendapati pada keseluruhannya pengurusan kompleks makanan dan pasar awam yang dilaksanakan Majlis kurang berjaya mencapai objektif kerana ada beberapa perkara yang wajar diberi perhatian seperti berikut:

Tiga kompleks makanan yang dibina tidak digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya aktiviti vandalisme, kerosakan dan kecurian terhadap kemudahan dan peralatan yang disediakan di kompleks makanan tersebut. Majlis terpaksa menanggung kos sejumlah RM334,738 dalam tempoh 2 hingga 5 tahun sebagai bayaran perkhidmatan kawalan keselamatan untuk menangani masalah ini.( MAHALNYER BAYARAN KESELAMATAN . KAN PERCUMA DI PULAU PINANG NI. SURUH NG WA EIK JAGA LA)

Sebanyak 25% lot niaga di kompleks makanan dan pasar awam yang disediakan tidak dapat disewakan.( BUKTI PERANCANGAN MPPP GAGAL DAN BUKTI PENJAWAT AWAM DI BAWAH KERAJAAN NEGERI TIDAK EFISYEN DI BAWAH KERAJAAN CAT)

Sehingga Disember 2011 jumlah tunggakan sewa lot niaga kompleks makanan dan pasar awam adalah berjumlah RM0.81 juta.( HASIL NEGERI TIDAK DIKUTIP. AKU CADANGKAN ELOKLAH KERAJAAN NEGERI MANSUHKAN SAHAJA TUNGGAKAN INI .. KAN KERAJAAN NEGERI DAH KAYA )