Tuesday, October 23, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN CAT KEHILANGAN HASIL. BUKTI TAK CEKAP


Pada umumnya, pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan oleh Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2011 yang saya laporkan dalam Laporan ini. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.
 ( BUKTI KERAJAAN NEGERI GAGAL DALAM MEMBAIKI SISTEM PENTADBIRAN SEPERTI YANG DI WAR WARKAN)

Pengauditan yang dijalankan mulai bulan Mei hingga Ogos 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan sistem e-Tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan adalah kurang memuaskan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah Ketepatan laporan yang dijanakan, Surat peringatan tidak dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan Cukai, Manual pengguna tidak dikemaskinikan, Pengurusan ID Pengguna dan kata laluan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Premium tanah yang dikutip setakat 30 November 2011 Pejabat Tanah SPU  adalah berjumlah RM27.71 juta.Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos dan Disember 2011 mendapati pengurusan pemberimilikan tanah adalah tidak memuaskan terutama dari aspek pemantauan proses pemberimilikan sehingga pengeluaran Hak Milik Muktamad. Antara kelemahannya adalah seperti berikut:

Kelulusan pemberimilikan tidak berdasarkan penggunaan tanah semasa yang
menyumbang kepada kehilangan hasil Kerajaan berjumlah RM261,841.