Monday, June 4, 2012

PASCA E 13 : FATHUL BAHRI NAK LAWAN JERUNG BUKANNYA CICAK MENGKARUNG. ADA FAHAM KA?


Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) hari ini menyatakan kesediaannya mengambil bahagian dalam debat anjuran Pemuda PAS Gombak jika ia disertai oleh pucuk pimpinan parti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya juga berkata topik perbahasan, PAS vs Umno: Siapa Sesat yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak harus dikaji semula supaya tidak meremehkan Islam.

“Kami berbesar hati menyambut jemputan ini tetapi lebih berminat berdiskusi dengan orang-orang berperingkat tinggi dalam PAS.

“Bukan tak mahu (debat) dengan mereka (Pemuda PAS Gombak) tapi lebih berminat dengan Nik Aziz ataupun Hadi Awang,” katanya ketika dihubungi MyChannel13.com.

Fathul berkata sebarang debat antara ILMU dengan individu yang tidak punya kuasa untuk membuat perubahan pada dasar PAS tidak akan membawa apa-apa makna.
“Mereka bukan golongan pembuat dasar. Kita (mahu) bercakap dengan golongan pengeluar kenyataan-kenyataan dalam PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.

”Kata-kata mereka adalah pemutus dalam PAS. Jadi perbincangan itu patut berlaku dengan mereka. Jika tidak ia tidak akan mencapai satu penyelesaian yang baik,” katanya.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak mengundang ILMU untuk menyertai program debat itu pada 26 Jun.

Fathul juga menegaskan debat untuk menentukan parti yang mana sesat hanya akan menjurus kepada perbahasan yang sia-sia.
“Siapa sesat ? Tajuk itu awal-awal sudah membentuk satu persepsi kalau siapa yang menang pihak lawannya yang kalah bererti dia sesat,” kata beliau.

“Sewajarnya kita berbicara hal tanggungjawab kita sebagai orang-orang politik, orang-orang agama dalam politik untuk menyampaikan Islam,” jelasnya.

Fathul berkata beliau bagaimanapun menyifatkan perdebatan itu sebagai medan muzakarah bagi kedua-dua pihak.

“Usaha untuk mereka bermuzakarah satu usaha yang sangat baik tapi saya kira lunakkan sedikit cara kita meminta dan memohon, untuk mencabar dan berdebat.

“Mungkin intonasi saya berlainan dengan mereka atau mereka maksudkan ‘mari berdebat…’ tetapi bukannya nak berdebat siapa yang sesat,” kata Fathul.