Monday, June 4, 2012

BERITA SEMASA : TANAH RUNTUH DI LADANG HONG SENG AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI

Oleh : Ah Choon

4 Jun- Tangjung Bungah.Tanah Runtuh Di Ladang Hong Seng Dan Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bunga  Akibat Hujan Lebat Berterusan Di Pulau Pinang.

Hujan lebat berterusan lebih enam jam pada hari Jumaat yang lalu telah mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di  Ladang Hong Seng, Mount Erskine dan di Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bungah.

Kedua-dua kejadian itu telah mengakibatkan tembok penahan tanah runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah milik salah seorang penduduk di situ dan kenderaan yang letak di kawasan itu tururt mengalami kerosakan.

Penduduk tempatan mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pembangunan di  kawasan-kawasan tinggi yang boleh mengundang kemungkinan akan berlaku tanah runtuh semasa hujan lebat .

Penduduk tempatan mendesak kerajaan Negeri Pulau Pinang agar  menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menjalankan kajian dan tinjauan terhadap  semua projek perumahan di lereng bukit itu supaya memastikan tidak berlaku kejadian tanah runtuh.