Thursday, June 14, 2012

BERITA SEMASA : KERAJAAN DAP GUNA KUASA ALIHKAN KUMBAHAN BABI KE KAMPUNG MELAYU DI SG BAKAP

 hampir 200 orang penduduk kampung berhimpun menyatakan bantahan di atas tindakan rasis kerajaan dap penang yang mengalirkan saliran kumbahan babi dari kg jawi ke kg titi hitam

Oleh : Azira

14 Jun. Sg Bakap- Penduduk kampung Titi Hitam melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan ADUN PKR YB Makhar yang ternyata gagal membela nasib rakyat khususnya orang Melayu. Mereka kecewa kerana permasalahan ini telah di utarakan kepada YB Makhtar ADUN Sg Bakap dan juga kepada anaknya encik munir yang merupakan pengerusi JKKN Sg Bakap Selatan. Keadaan bertambah teruk apabila segala luahan perasaan penduduk kampung tidak dipedulikan. Penduduk kampung dibiarkan bertindak mengikut keputusan masing masing.

Pada 11 Jun yang lalu, penduduk telah membuat keputusan untuk menganjurkan demo bantahan berkaitan saliran kumbahan babi yang disalirkan ke kampung mereka. Mereka menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan projek ini melalui agensi Jabatan Parit dan Saliran. Kuasa saliran di bawah kuasa negeri. YB Makhtar dikatakan takut untuk membawa perkara ini ke pengetahuan lim guan eng. Apatah lagi adun jawi tan beng huat seolah olah bermain wayang dan mempertahankan tindakan kerajaan negeri.

Bagi penduduk kg titi hitam, mereka melihat apa yang berlaku sebagai bukti jelas kerajaan dap baru 4 tahun memerintah dah ingin menghalau kaum melayu dan india secara halus. Menurut beberapa orang  penduduk kampung yang ditemui, mereka menyatakan "Kg Melayu dijadikan tempat membuang najis babi sahaja. Inilah kenyataan yang harus diterima .

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku, pihak JKKP sg bakap selatan yang dipimpin oleh Dato Nordin Kasim bersama Pejabat Kadun Sg Bakap yang dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Foad telah bersama sama menyertai demo bantahan ini dan menunjukkan rasa kesal mereka terhadap tindakan rasis kerajaan negeri.
Bagi mereka sekiranya hal ini erlaku di kampung cina, mereka tetap akan membantu. Soal keselesaan rakyat bukan memilih bangsa .

Apa yang menyedihkan, kampung ini setiap hari akan sentiasa busuk dengan najis babi dan lebih teruk sekiranya banjir berlaku, najis babi boleh masuk sampai kerumah. mereka mempersoalkan apakah yb pkr tidak sensitif dengan masalah umat islam di sini?

Penduduk bertambah marah kerana aliran kumbahan tersebut boleh ditapis dan di alir keluar ke sungai jawi. apa perlu aliran kumbahan di pintaskan laluannya memasuki kg titi hitam? inilah bukti jelas mereka ingin menghalau penduduk kampung  secara amat halus.berikut di paparkan beberapa keping gambar sekitar demo tersebut :


 bantahan penduduk dilakarkan melalui manila kad
sebahagian penduduk menyatakan bantahan . penduduk kg tti hitam mempunyai 30 buah rumah dan dianggarkan seramai 250 orang isi rumah. ada yang menyatakan kerajaan dap perlu jaga penduduk kg jawi kerana pengundinya sahaja mencecah hampir 2000 orang.

aliran kumbahan babi yang pekat sehingga menghitamkan air yang terletak di kawasan kg jawi

saliran baru yang melintasi lantasan berkembar yang dibina untuk mengalirkan kumbahan babi ke kampung titi hitam

pam  ini telah disediakan oleh pihak jps. penduduk mempertikaikan kenapa tidak di proses kumbahan ini dan di alir terus ke sg jawi/ apakah guan eng takut sg jawi tercemar dan beliau akan dikecam hebat selepas itu? Perhatikan bagaimana adun sg bakap dan adun jawi gagal menyelesaikan hal ini.