Wednesday, May 2, 2012

PASCA E 13 : PAS KATA UMNO CELARU ATAU PAS YANG CELARU


TEKTIKAL KECELARUAN YANG PAS BAWA. SEKARANG KITA LIHAT DI BAWAH :

KENYATAAN SALAHUDIN AYAOB NAIB PRESIDEN PAS

Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas.

Beliau turut berkata, Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas.

Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC.

“Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis.( BACA BETUL BETUL AYAT INI )


KENYATAAN TANTAWI KETUA PEMUDA PAS.

"Unit amal bukan skuad penggempur. Saya kecewa dengan laporan media yang memperlihatkan Unit Amal PAS seperti perusuh dengan menayangkan gambar mereka merempuh benteng yang dibuat anggota polis.

"Mereka bukan merempuh, mereka hanya cuba meloloskan diri, supaya penyokong perhimpunan tidak bertembung dengan anggota polis," tegasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini, Isnin.

CELARU FIKIRAN BK

TANTAWI KATA BETUL UNIT AMAL PAS, SALAHUDIN KATA BUKAN UNIT AMAL. MANA SATU YANG BETUL INI?