Wednesday, May 2, 2012

PASCA E 13 : MEREKA TOK GURU DAN BUKAN NABI


No 1 : Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
No 2 : Tok Guru Hj Abd Hadi Awang
No 3 : Tok Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah
(antaqa ulama' pondok yg cukop alim)
No 4 : Ustaz Hj Sidek Noor (antaqa lepasan Pondok Tg Bedil,Aloq Setaq,Kedah [Pondok Tok Guru Hj Hitam])
No 5 : Tok Guru Hj Izzuddin (Pak Njang Izzuddin) (Anak kpd Tok Guru Pak Chu Him Gajah Mati,Pendang,Kedah)
No 6 : Tok Guru Hj Ismail (Pondok Matla' al-Badrain,Besut,Terengganu)
No 7 : Ustaz Hj Zainul Asri Ramli (Mudir Darul Hadis,Kedah)


“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.” (AL-NAHL: 61)

Tok Guru mungkin boleh melihat bagaimana tekanan yang terpaksa dihadapai oleh Hasan al-Banna, tetapi pengasas Ikhwanul Muslimin itu tidak pernah mengeluarkan fatwa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Tok Guru.

Begitu juga Imam al-Ghazali (1058-1111m), apabila terbunuhnya Nizam al-Mulk, Perdana Menteri yang alim dan prihatin dengan perkembangan ilmu, sediakan memperuntukkan sejumlah wang untuk menguruskan madrasah dan menawarkan jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Nizamiyyah, tidak juga memperlihatkan sikap sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tok Guru.

Al-Ghazali menggunakan kecerdikan akalnya menasihati para penguasa, termasuk mengingatkan Fakr Mulk, anak Nizam al-Mulk yang kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri dan menguruskan Madrasah Nizamiyyah dengan menulis:

Dunia selalu mempercantik diri pada bahagian lahirnya dan menyembunyikan keburukannya di bahagian dalamnya, agar orang bodoh dapat tertipu oleh penglihatan aspek luarnya. Dunia tidak ubahnya nenek tua yang buruk raut mukanya. Ia selalu menyembunyikan wajahnya dengan mengenakan pakaian indah, bersolek dan mempercantik diri, sehingga dengan begitu orang menjadi terpedaya padanya.” (Baca, al-Ghazali, Peringatan Bagi Penguasa, (terjemahan)

INI YANG KITA MAHU .TAPI INI SEMUA BUKAN TOK GURU MEREKA. TOK GURU UNTUK SEMUA DAN BUKAN HANYA UNTUK ORANG PAS. KENA FAHAM ISTILAH TOK GURU ITU SENDIRI.

Orang sufi mendalam pegangannya terhadap tauhid, fekah, tasauf, amalan-amalan sunnah..mendahulukan akhirat dari dunia. mendahulukan Allah dari dunia dan akhirat.

Orang sufi mendahulukan ibadah atas dasar takut, harap, zuhud, cinta mengharap reda Allah. Orang sufi suka meninggalkan perkara makruh, suka warak, menjauhi syubhat, menghidupkan hati dengan zikrullah, mengambil dunia seadanya, yang hak tetap hak, yang batil tetap batil, hukum Allah dijunjung, orang sufi tidak suka berbantah-bantahan baik dalam apa jua tajuk terutama bab hukum-hakam, orang sufi berjaga malam beribadah dan amat sedikit tidurnya, rajin berpuasa, murah tangannya bersedekah, banyak berdoa memohon kepada Allah, banyak berselawat, beristighfar, orang sufi sentiasa merasa berdosa....

Orang sufi memandang Rasulullah s.a.w dalam segala hal, mereka mengikuti Nabi dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecilnya yang termampu sambil hati penuh takut kepada azab Allah, penuh mengharap kasih sayang Allah, penuh kecintaan kepada Allah...Orang sufi mendahulukan mengikut kehendak Allah dan RasulNya dalam segala hal

TOK GURU PAS HANYA TAHU BERPOLITIK SAHAJA DAN TIADA SATU PUN YANG BETUL BAGI MEREKA TERHADAP KERAJAAN SEDANGKAN MEREKA MENDAPAT NIKMAT DARI KERAJAAN YANG ADA. ALLAH MAKBULKAN DOA PIMPINAN NEGARA YANG BERTAKHTAKAN ISLAM ITU SENDIRI.