Monday, May 28, 2012

BERITA SEMASA : TUNKU AZIZ KHIANATI DAP.

Oleh : Ah Choon


Gambar : Ihsan NST

28 Mei-Jelutong Kaum Cina menyifatkan Tunku Abdul Aziz ini agak melampau dan tidak sesuai lagi duduk bersama  DAP.Mereka pelik dan mempersoalkan tidak ada pemimpin pusat parti politik yang mendukung  dan  menghayati dasar pesaing politiknya . Inilah kali pertama berlaku dalam kepimpinan DAP .

Sebelum ini Tunku Aziz dilihat begitu lantang membantah Himpunan BERSIH dan seolah olah menyokong transformasi yang dilakukan BN. Beliau tanpa segan silu meminta  orang ramai sokong Najib dan  memberi masa yang lebih panjang untuk Najib merealisasikan program transformasi.Kaum Cina yang pro kepada DAP rata-rata menyatakan bahawa beliau telah dibeli oleh BN. Kata salah seorang yang kami temui " Entah apa habuan yang dia dapat"."Tak sangka dia menghayati dasar transformasi PM, dia ini pemimpin yang benar-benar berfikiran terbuka."